Konsep Illah; Cabaran Mahasiswa Memahaminya

Melihat kepada perkembangan dan kemajuan di dalam aspek sahsiah, kecemerlangan dan kreadibiliti sebagai seorang mahasiswa kini dipandang tinggi di dalam masyarakat kita. Mahasiswa yang berimej, berkepimpinan dan berkreadibiliti tinggi di dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa dan kemudian berkelayakan penuh di dalam mengisi ruang dan peluang di dalam sektor pekerjaan kini. Tidak dinafikan bahawa, di dalam arena mahasiswa kini, cabaran dalam melahirkan mahasiswa yang benar-benar bersyaksiah tinggi, alim, berketerampilan dan mempunyai daya kepimpinan yang mantap, sukar di lahirkan walaupun dilaburkan berjuta ringgit dengan alasan mengembalikan serta melahirkan dengan lebih banyak lagi modal insan yang mampan.

Read more

Mahasiswa Perlu Mengambil Islam Sebagai Cara Hidup

Mahasiswa pada hari ini tidak kurang sibuknya dalam melaksanakan tugas harian mereka sebagai pelajar di universiti. Mereka melaksanakan amanah ini siang dan malam tanpa mengira penat lelah mereka selama tiga atau empat tahun di universiti. Begitu juga halnya berkenaan dengan pengorbanan. Tidak cukup tidur, tidak cukup makan, tidak cukup rehat, dan lain-lain lagi. Semuanya adalah wajib dilakukan selagi mana segulung ijazah tidak di dalam genggaman. Apakah semua ini merupakan idaman dan harapan bagi semua mahasiswa kita di sini? Apakah semua ini merupakan rencana utama kehidupan di dunia ini? Atau ada perkara lain yang perlu kita lihat menerusi kaca mata yang berbeza di alam kampus ini?

Read more

Virus Dogmatik

Dogma merupakan satu penyakit kepada keintelektualan dan kebijaksanaan manusia di dalam mendalami serta menghayati ketinggian ilmu pengetahuan. Dogma juga meletakkan status atau tahap manusia itu seperti di kuasai secara mutlak dan tidak mampu  untuk berbuat apa-apa. Dogma juga meletakkan manusia itu sekali lagi berada pada suatu tahap yang menunjukkan kebodohan, ketidakpandaian, tidak berhikmah dan tidak boleh melakukan perubahan di dalam segenap bidang termasuklah nasib, kehidupan dan sebagainya.

Read more

EPIS-Cari Suara Hati 1

Saya begitu teruja apabila mendapati bahawa saya adalah manusia yang penuh dengan potensi. Selama ini saya menganggap bahawa kehidupan ini penuh dengan kesusahan dan kepayahan yang amat sangat. Terbayang bahawa semasa di zaman persekolahan, saya melihat orang yang lebih dewasa dari diri saya terpaksa melalui kehidupan yang amat sulit dan sukar. Mereka harus menghadapi peperiksaan yang besar untuk lulus cemerlang. Mereka juga harus berpakaian kemas, siap ber'tai' untuk menghadiri sesi temuduga bagi mendapatkan kerja yang bagus, mereka harus mengumpulkan harta yang banyak untuk mendapatkan jaminan kehidupan yang selesa di masa hadapan, mereka juga terpaksa menghabiskan masa untuk menyelesaikan masalah syarikat, insitusi, organisasi dan sebagainya. Saya juga merasakan bahawa saya juga turut akan mengalami perkara yang sama apabila saya dewasa kelak.

Read more

Dimensi 99

Perbincangan berkenaan dengan nama-nama Allah atau Asma Ulhusna merupakan salah satu perbincangan yang dapat meningkatkan pemahaman, penghayatan serta kekuatan ikatan tauhid dengan Allah s.w.t. Apabila berbincang berkenaan dengan tauhid, maka seperti biasa ianya tidak lari dari topik mengenai tauhid uluhiyyah, rabbaniyyah dan tauhid asmaussifat. Persoalannya kini, bagaimanakah bentuk dan kefahaman kita mengenai asmausifat ini menerusi nama-namaNya?

 

Sepanjang saya berada di dalam bulatan ilmu perbincangan mengenai asmausifat ini, apa yang tidak lekang dan tidak pernah jauh dari bibir-bibir orang yang membincangkannya adalah topik mengenai khasiat dan kelebihan apabila mengamalkanya. Saya begitu khuatir di dalam budaya pemikiran orang-orang Melayu yang dahulunya begitu kuat mempercayai perkara-perkara mitos dan mistik, malah pada hari ini juga banyak rancangan-rancangan di kaca televisyen ini mengudarakan rancangan yang berbau mitos dan mistik. Bertambah malang lagi, apa yang tertera di dalam rancangan tersebut telah berjaya memikat ramai peminat dan bertambah lagilah kepercayaan yang makin terpesong.

 

Apakah dimensi pemikiran ini terbawa-bawa sehinggakan kefahaman menurut dimensi asmausifat yang seharusnya difahami dengan sebenar-benarnya mengikut paksi dimensinya yang betul telah dipengaruhi oleh kepercayaan orang-orang Melayu yang karut? Bukankah kefahaman menerusi dimensi ini jauh terpesong menurut paksinya yang sebenar? Pernah saya bertanyakan soalan mengenai asmausifat ini dengan sahabat dari Timur Tengah. ‘Adakah benar khasiat serta kelebihan apabila mengamalkan seperti mana yang didakwakan di dalam buku-buku penulisan di Malaysia ini?’  Jawapannya mudah. ‘Tidak ada sebarang dalil akannya.’

 

Apabila dilihat semula dengan apa yang tersebar luas di dalam buku-buku di pasaran mengenai AsmaUlhusna di Malaysia ini, sebenarnya tidak ada hadith yang kukuh mengenainya. Keadaan ini amat lemah dan amat menyedihkan kerana penyebaran mengenai kefahaman menerusi nama-nama Allah ini telah bertukar kepada suatu kefahaman yang bersifat kontra.

 

Krisis ilmu ini berlarutan sehinggakan ianya membawa kepada suatu amalan dan penghayatan sehinggakan seseorang itu tidak mampu untuk menjawab serta mengenalpasti asas tauhid menerusi amalan harian mereka menerusi nama Allah yang indah ini. Sudah pasti akan berlaku satu kefahaman yang bersifat serong dan jauh dari kebenaran kerana kefahamannya itu adalah berkitar kepada faedah dan habuan yang bersifat terang-terangan sedangkan banyak perkara yang perlu dinilai dari segenap aspek.

 

Al – Ankabut ayat  2 – 3 :

 

Yang bermaksud: “Apakah Manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan, dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui tentang orang-orang yang berdusta”                                                                                     

 

Dimensi 99 AsmaUlhusna

 

Perkongsian ini adalah bertujuan untuk memperbaiki semula dimensi kefahaman dan penghayatan mengenai AsmaUlhusna ini agar terpelihara kesuciannya. Perkara ini amat penting untuk kita semua melihat semula dan memahaminya dengan baik. Di dalam hadith riwayat Bukhari ada menyatakan bahawa

 

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga"

 

Hadith ini adalah bertaraf sahih. Tetapi pemahaman di dalam hadith ini perlu dilihat semula kerana ianya dikategorikan di dalam hadith musykil (Hadith Musykil-Hafiz Firdaus). Ia menjadi tanda tanya, adakah dengan menghafal 99 nama tersebut, maka dijamin masuk syurga? Dan bagaimanakah cara menghafal itu? Adakah ianya semata-mata hafal dan ingat di kepala sahaja? Persoalan lain pula timbul, adakah orang yangberdosa, sering melakukan maksiat, tetapi mereka menghafal keseluruhannya, akan terus ke syurga? Persoalan inilah yang mana jawapannya ialah mereka itu benar benar memahami dan menghayati kewujudanNya melalui asma ulhusna ini adalah dengan cara ia benar-benar taat.

Read more

How to influence? Greek –> al-Quran

In Greek philosophy, ethos should be established in order to proceed with pathos and logos. These 3 steps contribute to the ability of influence. In Quran, is there anythere related to this concept? Off course yes. But ethos in al-Quran is defined much clearer with eeman or belief. Your ability to understand and give a good logic will be based on your eeman  and taqwa to Allah.More taqwa, more sensitive you will be – empathic. More taqwa, more knowledge Allah gives us to come up with a good solution.

Read more

Antara lembut dan kasar dalam menegur

Ada guru yang bertanya: murid kata saya amat kasar dengan mereka. Kata seorang ustaz: saya dianggap kasar oleh sesama kawan saya sendiri. Padahal saya rasakan teguran saya memang dah lembut. Bagaimana ini boleh terjadi? Bagaimana anda mampu memastikan teguran anda itu lembut atau kasar? Mari kita dalami semantik lembut dan kasar dalam dimensi EPIS (emosi, fizikal, intelek dan spiritual).

Read more

Dimensi Quran Menerusi Sains

Arus dunia pada hari ini telah banyak mengubah paradigma masyarakat di dalam segenap aspek termasuk ekonomi, politik dan sosial sehingga ianya mampu membentuk satu cara hidup yang dahulunya di anggap klasik dan tidak maju, kini telah merubah kepada satu cara hidup yang serba moden. Dahulunya dunia hanya menggunakan binatang-binatang liar sebagai kenderaan pengangkutan, kini, manusia menggunakan kenderaan-kenderaan yang menggunakan hasil bumi. Dahulunya juga, manusia hanyalah menggunakan kulit-kulit kayu dan kulit binatang untuk menulis ilmu-ilmu yang beharga, kini dunia menggunakan teknologi komputer sebagai alternatif kepada penggunaan kertas, kulit dan sebagainya. Malah pertukaran maklumat juga mampu dilakukan dengan pantas dan cekap dengan menggunakan kecanggihan internet.
 

Read more