04 Spiritual – Membina Legasi

Soalan, Doa dan Dengar Belajar
Apakah 3 tip yang amat penting untuk mendekati al-Quran terutama pada bulan Ramadhan?

Berdasarkan kepada teknik WER yang mengambil ibrah daripada Surah Yasin ayat 17:

Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata. (Surah Yasin 36:17)

Kaedah penyampaian para Rasul ialah menitikberatkan How & What.

Apakah 3  tip itu?

Why – akan membawa kepada Soalan demi Soalan apabila berinteraksi dengan mana-mana ayat Quran. Ada 2 sudut soalan: 1. Dari sudut kefahaman ayat yang dibacakan 2. Soalan berkaitan masalah yang boleh diselesaikan oleh sesuatu ayat tersebut

Easy – akan membawa kepada teknik Doa apabila berinteraksi dengan ayat Quran. Dalam kaedah Tadabbur Tazakkur, aspek Tazakkur akan melibatkan Peringatan, Penawar, Petunjuk dan Rahmat. Cara menjemput Rahmat ialah dengan selalu berdoa – sebagaimana tertera banyak dalam al-Quran. Sebagai contoh, Nabi Ibrahim sering berdoa dalam Surah al-Baqarah.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah 2:128)

Relevant – akan membawa kepada Dengar dan belajar daripada orang lain yang sudah mengkaji tentang sesuatu ayat. Ia memberi kesan yang besar seperti mana kaedah yang dimaklumkan dalam ayat berikut:

Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya) atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya. (Surah Qaaf 50:37)

SDD akan memberi kesan hubungan dengan Quran

Soalan, Doa dan Dengar akan memberi kesan yang besar jika ia diamalkan. Moga Ramadhan dan selepas Ramadhan ini akan diberkati serta hubungan dengan al-Quran akan makin rapat dan manis.

Maryam berkata: Alangkah baiknya mati
Nabi Zakaria terkenal dengan kebaikannya dan kesungguhan menyampaikan mesej tauhid. Nabi Zakaria tiada anak hingga usia lanjut. Amat sedih bagi seorang ayah tidak mempunyai anak. Seorang hamba ini, berdoa kepada Yang Esa mohon diberikan rezeki. Dikurniakan dengan Yahya.

Satu lagi peristiwa berlaku: kisah Maryam. Tidak memohon mendapat anak. Allah berikan anak – yang menjadi bualan sepanjang zaman – Nabi Isa! Apabila Allah mengizinkan sesuatu legasi itu berlaku, ia berlaku. Ia adalah rahmat dari Allah dan petanda kebesaran Allah kepada manusia. Namun apa kata Maryam? Alangkah baiknya mati….

Mengapa sedemikian ‘pelik’ perkataannya?

(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! (Surah Maryam 19:23)

Maryam tidak pernah buat perkara kotor

Maryam tidak pernah memohon seorang anak

Maryam ingin mendekatkan diri kepada Allah

Maryam diberi rahmat, akan menjadi legasi satu hari nanti , namun mahu dilupakan dan tidak mahu dikenang-kenang!

Oh beratnya apa yang dijalani oleh seorang insan solehah bernama Maryam.

Akan dikutuk, akan dihina

Seorang hamba yang sedang membina legasi hakikatnya ingin menambahkan amal soleh sampai ke syurga. Kebaikan akan dibuat sebanyak mungkin. Namun kesilapan tidak akan terhalang – lantaran status maksum atau terpelihara dari dosa itu memerlukan kesediaan yang amat tinggi. Maksum adalah pakej kehidupan yang amat mencabar seperti para Nabi. Manusia biasa tidak mampu.

Bagi si hamba itu, belajarlah erti kehambaan. Ketika berjaya, ramai menggelarkan dirinya khalifah atau pemimpin. Hakikatnya tetap seorang hamba – dipinjamkan harta, pangkat dan kelebihan. Inilah nasihat individu mukmin kepada si empunya kebun dalam Surah al-Kahf.

Kalau dipandang rendah atau hina kerana kesilapan sendiri, si hamba akan memohon ampun dan akan baiki. Bukan untuk sesali sepanjang hayat tanpa ada usaha untuk membaikinya. Yang melihat orang lain itu sebagai hina yang beroleh kemurkaan Allah dan Rasulnya. Pembina legasi tidak akan memanjangkan hukuman tanpa tali.

Antara Nabi Zakaria dan Maryam

Jika ingin rezeki untuk meneruskan legasi, mohon pada Allah, Allah boleh beri seperti mana Nabi Zakaria.

Jika ingin bina legasi sampai ke syurga, boleh jadi seperti Maryam. Perempuan suci meninggalkan nama sebagai legasi insan solehah dari daerah penuh duri ke akhirat yang abadi. Legasi itu boleh terbina tanpa diminta, namun Allah memilih jua sehingga boleh terkeluar ‘Alangkah baiknya aku mati…’

Ketika hadir ujian

Tanyakan soalan berikut:

Pernah buat sesuatu yang teruk dan kotor pada masa lepas?

Pernah mohon kejayaan dari Allah ?

Selalu munajat kepada Allah setiap hari?

Pernah rasa ingin dikenang-kenang?

Kalau Maryam diuji seberat itu, apakah yang melayakkan diri ini tidak diuji oleh Allah?

Legasi itu ditentukan oleh Allah jua

Saat akhir itu pasti
“Saya terkilan. Hari pertama beliau sakit, saya sibuk tidak sempat ziarah. Hari kedua, hari ketiga juga saya sibuk urusan pejabat. Rupanya dia dipanggil dahulu oleh Tuhan minggu lepas,” sambil deraian manik panas di mata.

“Saya terkilan, tuan,” diulangnya lagi.

Saya dengar. Membiarkan beliau bersama perasaan. Untuk menenangkannya.

Banyak peristiwa begini berlaku. Waktu ada, tidak diendahkan. Bila sudah tiada, sesal menjelma.

“Tuan, apa sebab saya menangis tadi ya ?”

Saya mencari jawapan. Saya yakin itu saat spiritual melambung tinggi dari-Nya.

Perkataan spiritual

Saat akhir adalah perkataan dan detik spiritual. Waktu itu, akan terbangunlah ruh dari lena yang panjang. Selama ini sibuk, penuh aktiviti harian dengan pelbagai perkara. Jika penuh itu diisi dengan ‘memberi’, sesal itu berkurang. Namun makin banyak ‘dapat’ dan ‘pungut’, sesal itu akan makin menggunung.

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “. (63:10)

Saat itu sudah terlambat.

Saat ini perlu bersedia

Nabi bersabda:

“Banyakkanlah mengingati sesuatu yang menghacuri kelazatan dunia”

Apabila ingat saat akhir itu, kita akan bersedia sekarang untuk terus memberi dan memberi.

Formula ‘memberi’ ini akan membawa kesan baik pelbagai lapis. Masalah individu, rumahtangga atau organisasi akan banyak selesainya dengan ‘memberi’ bantuan, senyum, bantuan dan pelbagai jenis pemberian.

Saat itu pasti. Pengalaman spiritual itu perlu dibina bukan sekadar di saat hujung itu sahaja.

Sabar Profesional, Sabar Istiqamah
Dalam kisah Alangkah Lucunya Negeri Ini, Cikgu Shamsul tetap teguh mendidik anak-anak pencompet. Beliau sabar. Mampukah seorang cikgu atau pendidik lain sesabar Cikgu Shamsul?

Kekadang di depan orang biasa dan keadaan biasa, kita boleh bersabar. Namun apabila ia masuk kepada alam ‘kurang profesional’ seperti di rumah atau ketika bersendirian, sabar itu cepat hilang.

“Ketika saya menganjurkan majlis di sekolah, memang saya boleh bersabar menanti dan membaiki keadaan. Namun kalau saya dengan anak murid di kelas, memang cepat hilang sabarnya.”

Masa lama bersama situasi tidak profesional

Apa yang berlaku, apabila dalam situasi profesional atau rasmi, kita tidak menghadapinya dalam masa yang panjang. Kita hadapinya beberapa jam sahaja.

Namun apabila kita menghadapinya dalam jangka masa yang panjang seperti menjadi guru kepada pelajar selama 6 tahun atau bersama pasangan atau anak di rumah, kita tahu naik turun keadaannya. Apabila kita diuji pendek, memang ramai yang boleh bersabar. Namun kalau diuji oleh sesuatu yang berjangka masa panjang, sabar mudah hilang kalau ia hanya setipis kulit bawang.

Sabar itu cahaya matahari

Dalam hadith Nabi mengaitkan sabar itu sebagai cahaya matahari. Ia panas. Namun ia menjadi asas kehidupan sepertimana matahari amat diperlukan oleh tumbuhan dan makhluk di bumi. Apa akan jadi kalau cahaya matahari tidak panjang menerpa ? Sudah tentu ia tidak akan mampu menjadi sumber kehidupan di bumi.

Begitulah sabar. Sabar amat diperlukan untuk satu jangka masa panjang. Sabar bukan pasif. Ia adalah tindakan proaktif kerana simpanan tenaga untuk dialurkan kepada sesuatu yang bermanfaat ini amat penting. Jika tenaga dilepaskan begitu sahaja tanpa keruan, sudah tentu kehidupan akan menjadi longlai bagi menggapai hasrat akhir. Ia longlai kerana tenaga banyak digunakan untuk marah atau melaksanakan sesuatu yang kekadang kurang manfaat. Biarpun Rasul marah, Rasul menjaga kata-kata agar tidak dusta. Ramai yang marah mudah mengeluarkan kata dusta.

“Kamu ini asyik bising sahaja.”

“Awak nie asyik balik lambat sahaja.”

Asyik ? Kalau setiap hari dan saat anak murid bising, ia benar. Kalau ia tidak dilaksanakan setiap masa, perkataan itu boleh membawa dusta. Ia boleh mencederakan hati nurani anak murid yang setia menadah minda untuk belajar berjasa.

Bekalan untuk sabar terus-menerus

Intelek dan emosi manusia mempunyai kemampuan untuk bersabar untuk sesuatu yang boleh kita fikirkan atau rasai. Sudah tentu untuk mendapatkan sabar yang tebal, ia memerlukan bantuan dari sumber spiritual. Hanya bergantung pada diri sendiri mampu menjadikan kita profesional di depan khalayak. Namun apabila bersendirian atau kita rasakan kita paling berkuasa, hanya ada satu lagi pemerhati Yang Maha Berkuasa.

Sabar ini asas istiqamah. Kalau sudah merancang untuk berjaya, sabar profesional amat membantu. Sabar istiqamah akan menentukan samada kita mampu untuk sampai ke destinasi atau terkujur di tepian jalan menuju kejayaan. Sabar adalah satu elemen penting dalam pakej istiqamah.

Cepatnya perlu membaca Surah al-Kahf sekali lagi
Beberapa minggu ini, saya merasakan membaca Surah al-Kahf seperti sering hadir setiap minggu. Baru sahaja membaca seperti semalam, hari ini perlu baca lagi. Adakah kerana saya kurang membaca Quran atau ada sesuatu mesej yang perlu difahami? Yang pasti, seruan untuk membacanya amat penting pada setiap Jumaat dengan penuh tadabur.

Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)

Apa yang berlaku ketika membaca sesuatu yang perlukan kita ‘percaya’ ialah semantik atau makna sebenar ‘percaya’ itu sendiri. Ia mempunyai kesan pada sistem kepercayaan, sistem pandangan hidup, sistem nilai dan amalan harian. Jika ia dibaca pada setiap minggu, itu adalah amalan atau tabiat yang digalakkan oleh Nabi secara praktikal. Asas pengamalan tersebut ialah kerana ‘percaya’ pada Nabi.

Apabila seseorang berbuat sesuatu atas dasar mengikut Nabi, ia boleh dikategorikan outside-in atau inside-out. Outside-in jika ia berbuat mengikut orang lain tanpa asas. Inside-out jika ia memahami sebenar-benarnya apa yang dilaksanakan itu dari ilmu dan kepercayaan . Tidak semua orang ada ilmu yang dalam, tetapi benih kepercayaan yang ada itu jika disemai akan menatijahkan sistem pandang dan nilai yang benar.

Sistem kepercayaan ini perlu dinaiktaraf dan diperincikan dari semasa ke semasa sesuai dengan ujian yang hadir. Jika ia tidak diperincikan dan dijadikan relevan kepada diri dan orang di sekeliling, ia akan menjadikan sesuatu itu tidak dianggap kebenaran mutlak. Perincian itu tidak sama antara satu sama lain, namun perlu cukup untuk menjawab segala ujian yang bakal datang.

Atas dasar itu, perlu ada beberapa perkara yang perlu ditekuni dalam mendalami sesuatu yang kita percaya  :

Apakah maksud sebenar dalam pelbagai dimensi kehidupan dan ujian

Bagaimanakah ia dilihat kaaffah dan dalam masa yang sama kita mampu menghargai tahap-tahap untuk mencapai aspek kaaffah tersebut

Bagaimana menangani pelbagai dimensi dan pendapat tentang sesuatu isu kepercayaan

Apakah tenaga dan sumber yang diperlukan untuk mengusahakan sistem kepercayaan benar itu mendarah daging dalam sistem diri manusia

Apakah masa yang diperlukan untuk memahami dan menjadikan sesuatu itu inside out

Bagaimana channel atau how untuk menyampaikan sesuatu itu agar konsep dari seseorang mampu dipindahkan kepada individu lain bagi mencapai hidayah al-bayaan (hidayah di peringkat manusia)

Apakah cabaran untuk segala sistem kepercayaan tersebut

Sering mencari ruang praktikal bagi setiap teori atau konsep dari sistem kepercayaan yang ada.

Semoga kita akan dapat menghargai setiap ayat Quran untuk di’pecahkan’ kodnya sehingga memberi kesan kepada jiwa nurani.

3 Syarat layak pujian
Hari ini saya membaca Surah al-Kahf. Apakah kandungan yang boleh ditadabur pada hari ini?

Menurut tafsir Quraisy Shihab, kata al-hamd yang memulakan Surah al-Kahf membezakan konsep syukur di mana al-hamd yang bermaksud segala pujian merujuk kepada nikmat yang tidak semestinya kita dapat. Inilah juga makna dalam Surah al-Fatihah.

Apakah tanda pujian layak bagi seseorang?

Ada 3 perkara :

Ketika perbuatannya indah dan baik

Dilakukan secara sedar

Tidak dipaksa

Apabila kita memuji Allah dalam Surah al-Kahf, ia menunjukkan ciri-ciri di atas. Pujian ini berlaku sepanjang masa, tidak seperti pujian kepada manusia yang boleh naik dan turun. Bagi seorang insan, jika diri tidak dipuji atau dipuji, ia akan dikembalikan kepada Yang Maha Terpuji.

Mencari masa untuk menerima input
“Tak tahu nak buat apa. Pening aku ..”

“Penat dah berkerja. Sudah lah tu …..”

Ramai yang tidak keruan pada waktu petang. Hidup dirasakan kekadang kurang bermakna. Demi mencari secangkir makna, ada yang melawat restoran makan lantas dihumbankan apa sahaja makanan ke dalam kantung perut. Ada yang mencari kawan untuk berborak. Ada pelbagai cara untuk mengisi masa kekosongan. Kekadang ada yang halal, tidak kurang juga yang mencari jalan tidak halal untuk mengisi kekosongan dan kegersangan.

Masa memberi input kepada tubuh amat penting. Tubuh manusia bukan sekadar berisi fizikal, namun ada elemen intelek, emosi dan spiritual. Kalau diisi dengan nasi tidak memberi ‘kepuasan’ pada sesuatu masa, mungkin yang diperlukan ialah makanan intelek, emosi atau rohani. Pada banyak masa, manusia mengisi dengan isi fizikal, intelek atau emosi. Dicapainya novel lantas dibaca atau diselaknya buku untuk mengisi diri kegersangan. Dimasukkan CD atau DVD untuk menonton filem. Atau didail nombor rakan untuk berborak pelbagai tajuk.

Masih tidak puas.

Pencarian itu perlu kembali kepada makanan ruh manusia yang ingin bermanja dengan Penciptanya. Pencipta mampu memberi makna dalam kehidupan. Pencipta mampu menjelaskan tujuan kehidupan pada seseorang yang sering alpa pada kesibukan hidup.

Zikir. Quran. Solat. Istighfar. Semua ini mampu mengisi kekosongan. Zikir boleh melonjakkan motivasi diri. Quran boleh memberi inspirasi kepada diri di samping membekalkan nutrisi intelek untuk terus mekar dengan pelbagai ‘eureka’ dalam kehidupan. Istighfar akan memberi lonjakan emosi untuk pergi jauh ke hadapan seperti seorang atlet lompat tinggi – mengambil tempo ke belakang sebelum dihenjutkan badan ke atas melangkaui tiang lompatan.

Ia perlukan masa. Masa untuk memberi input. Kalau tubuh fizikal perlu bersarapan atau makan tengahari, elemen spiritual ini perlu makanan yang lebih kerap. Kalau ia amat jarang diberi perhatian, ia akan sakit. Malah lebih teruk membarah. Kekadang barah itu tidak dirasai pesakit kecuali disiasat oleh doktor atau ia menunjukkan detik-detik terakhir hayat seorang insan. Moga kita tidak menjadi sekronik itu — dengan bekalan ubat yang diturunkan oleh Ilahi lewat al-Quran al-Kareem.

Di mana ingin kucari?
Minggu lepas saya sering outstation. Saya mengendalikan program di Jelebu, Pulau Pinang, Melaka dan Sabak Bernam. Banyak mutiara yang saya peroleh. Antara soalan yang sering saya jumpai dari kalangan peserta yang beragama Islam: di mana ingin saya cari formula atau ‘tools’ dalam al-Quran untuk memantapkan diri saya sebagai pemimpin di tempat kerja? Saya terdiam. Saya yakin ini ialah tugasan baru bagi saya.

Ramai orang yang ingin kembali kepada kebenaran. Ramai individu yang ingin percaya al-Quran. Ramai insan yang sudah sedia percaya al-Quran ini hebat. Namun kekadang soalan yang ditanyakan dalam benak namun sukar untuk dikongsi atau dinyatakan:

manakah formula atau aspek praktikal yang boleh saya gunakan terus dari sumber al-Quran?

al-Quran ini nampak tidak structured

benarkah pengurusan organisasi ada dalam al-Quran

adakah diterangkan kemahiran conceptual, human & technical

Dalam program baru-baru ini, saya membuka ruang sekali lagi. Ramai yang seronok dengan memberi ruang mereka berkongsi. Malah salah seorang peserta yang pernah mengikuti program saya tahun lepas menulis sesuatu (diedit untuk menjaga privacy):

Terima kasih di atas bimbingan sepanjang program ini. If only the same approach was used back in previous program, I could be a better person in terms of spiritual and also emotional management. Anyway, thank you and keep up the great work in making great changes in people like me!

Ikhlas,

Puan L (bukan nama sebenar)

P/S Personally I believe the approach was quite different used before!

Saya membaca nota tersebut tanpa kata yang diserahkan pada akhir program. Saya tahu beliau mengikuti program saya tahun lepas. Saya menjangkakan apa yang saya akan sampaikan akan ‘membosankan’ beliau kerana topik yang disampaikan hampir sama – CASIC. Namun rupanya kerana saya menyentuh bab spiritual lebih dalam untuk pengurusan organisasi, ia memberi kesan yang berbeza.

Ramai yang menyimpan kata dan tanya : di mana ingin kucari ayat panduan dalam al-Quran?

Saya berazam untuk selepas ini terutama ketika Ramadhan: asbabun nuzul perlu dikaji – mencari ‘context’ untuk ‘content’ al-Quran – disaring dan dinilai untuk menjadi ‘tools’ yang mudah digunakan pada bila-bila masa. Agar lebih ramai individu yang dapat merasai perubahan diri seperti Puan L.

Bertarung di dunia spiritual – banyakkan doa
Dalam satu episod sinetron di kaca TV ketika balik kampung, saya terperasan satu adegan di mana si ibu sedang berdoa dengan linangan air mata. Apa yang dimunajatkan oleh si ibu itu didengari si anak. Lantas selepas habis doa, si anak terus ‘bertarung’ dengan si ibu menyatakan hujah akal atau inteleknya tidak setuju dengan si ibu. Antara dua pertarungan – dunia intelek dan dunia spiritual, siapa yang akan menang?

Ketika anak saya Adam atau Hajar inginkan sesuatu, saya akan minta mereka berdoa. Ketika berborak-borak pada satu hari, Adam menyatakan ingin dibuatkan susu sambil merengek. Saya sudah hampir waktu solat.

“Boleh Adam berdoa?”

“Boleh,” diangguk kepalanya. “Ya Allah, Adam nak susu. Perkenankan. Ameen”

“Ok,” saya balas. Namun ia belum selesai. Adam yang berumur lebih 3 tahun itu masih merengek sambil berkata, “Nak cepat …”

Saya membalas, “Adam cakap dengan ALlah ya? ” saya lantas menyambung diajar doa baru kepada Adam. Adam mengikut.

“Ya Allah, berikan Adam kesabaran. Ameen” Adam diam. Adam terus bangun lari bermain. Dan saya terus menunaikan solat. Subhanallah dengan kepentingan doa.

Berfikir intelek memahami dunia spiritual

Jika kita mengetahui seseorang berdoa agar dibuat sesuatu pada kita, adakah kita perlu bertemu dengan individu tersebut untuk mematahkan segala hujah atau rasional kurang betul pada beliau ? Ia boleh dilakukan. Namun dunia intelek tidak sama dengan dunia spiritual. Biarpun dunia intelek juga milik Maha Pencipta, namun Allah membiarkannya diuliti manusia dengan pelbagai rencah. Dunia spiritual masih ditabalkan paling tinggi – di mana Allah mengetahui mana yang lebih baik bagi hamba-Nya.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2:186)

Tidak guna berdebat dengan isi doa?

Apabila kita mengetahui doa seseorang ” ya Allah, berilah aku kekuatan” , ia boleh didebatkan, “eh kau doakan untuk diri kau seorang sahaja? Atau kau nak kau seorang sahaja yang kuat?”

Apabila ada orang berdoa “ya Allah, murahkan rezeki aku”, ia boleh didebatkan “eh kau ingat kau sahaja nak rezeki murah? Aku pun nak sama. Kau memang tak memikirkan kawan langsung.”

Itulah kesan kalau intelek ingin bertarung dengan dunia spiritual. Doa ialah elemen spiritual yang hebat. Intelek mempunyai ruang positif dan negatifnya yang tersendiri. Bagi hati yang baik, setiap doa sendiri atau orang lain akan dipandang positif. Intelek dari hati yang saleem akan memancarkan interpretasi positif. Namun jika hati kita kotor, apa sahaja doa orang lain akan dipandang dengan serong. Padahal Allah mengetahui yang baik dan lebih baik bagi kita. Allah segan menjawab doa hamba-Nya dengan yang kurang baik kerana Allah Maha Kaya.

Melestarikan pertarungan di dunia spiritual

Kalau pertarungan itu antara spiritual positif (beriman kepada Allah) dan spiritual negatif, (beriman kepada Taghut), itu adalah sesuatu yang perlu dielakkan oleh sesama manusia. Namun kalau pertarungan adalah antara orang yang beriman dengan orang yang beriman dengan amalan kebaikan, maka inilah yang dikaitkan dengan pertandingan dan perlumbaan. Allah memang menyeru kita untuk berlumba di dunia spiritual. Jangan seorang di dunia spiritual, seorang lagi di dunia intelektual.

…oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (2:148)

Apabila seseorang berdoa kepada Allah, jangan dibalas dengan elemen intelek atau emosi dalam kehidupan. Balaslah dengan doa juga. Allah akan membalas dengan yang baik atau lebih baik pada kedua-dua doa tersebut. Menarik bukan? Katakan doa itu seperti ‘clash’ Allah akan berikan jalan keluar. Namun kalau kita balas dengan bidasan intelek, ia akan menambahkan stres dalam diri kita.

Tip berlumba dengan doa

Jika anda mendengar seseorang berdoa sesuatu, elakkan berdebat isi kandungannya. Balaslah dengan doa anda sendiri kepada Allah.

Jika anda tidak mendengar tetapi mengjangkakan seseorang berdoa sesuatu, anda juga perlu balas dengan doa. Tidak perlu tanya “apa yang kamu doakan tadi?” Allah milik semua.

Jika anda bertemu dengan orang yang anda rasakan perlu berubah atau berganjak dari idea intelek atau rasionalnya yang korup, anda juga perlu berdoa. Agar rasionalnya itu dibetulkan oleh Allah – jika itu yang baik atau lebih baik bagi anda dan diri individu itu. Selepas berdoa, teruskan usaha di peringkat manusiawi. Jangan diabaikan usaha, kerana ia bermakna mengabaikan sunnatullah dalam melaksanakan perubahan. Doa dan usaha ialah pakej yang perlu ada pada setiap individu beriman.

Anda tidak yakin kesan doa? Doa pada Allah agar anda diberi mata hati yang bersinar meyakini betapa doa amat ‘powerful’.

Moga Allah beri kita kekuatan untuk menghargai dunia spiritual melalui doa.