Koleksi al-MuntalaqUmum

Bukan saya tak nak pergi…

“Jom ke usrah”
“Bukan saya tak nak pergi.”
Kata suara hati A: “Kalau dah gitu, jom le pergi…”

Kata suara hati B: “Mungkin dia ada masalah lagi. It’s okay. Next time.”
Manakah suara hati anda apabila berlaku dialog di atas? Mungkinkah suara hati A? Atau B? Mana satu yang betul? Mana satu yang salah?

Ikut kepada keadaan. Fiqh al-waqi’. Fiqh Keadaan atau Situasi.Istilah ini banyak dikumdangkan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi, di samping istilah Fiqh Al-Awlawiyat, Fiqh al-Wazn/ Tawazun dan banyak lagi. Mengapa banyak sangat fiqh? Bukan fiqh hanya untuk solat dan amalan ibadah khusus?  Agak silap. Fiqh bermaksud science. Jadi Fiqh al-Waqi’ ialah Science of Situation or Scenario. Tahu apa yang perlu dibuat ketika keadaan tertentu. Dalam buku yang ditulis oleh Daniel Goleman, konsep ini diistilahkan Social Intelligence.

Lantas bila mahu bersuara hati A? Atau B?

Lihat kepada siapakah individu yang anda berinteraksi. Jika anda bercakap dengan orang ramai secara umum atau anda tidak kenal siapa mereka secara mendalam, maka ia akan jadi begini:

Kalau anda hakim atau qadhi, anda layak bersuara A.
Kalau anda pendakwah atau penyeru kepada kebenaran, maka anda harus bersuara hati B.

Namun kalau individu itu anda kenal, selalu berinteraksi malah anda boleh meletakkannya sebagai ‘individu tahap tanzeem’, maka ia akan jadi begini:

Kalau anda pembimbing atau bersama satu team, anda layak bersuara dengan A.
Kalau anda masih bersuara B, maka anda sedang menghancurkan organisasi atau individu tersebut.

Dalam bahasa programming (yang ingat-ingat lupa),

if (target==dikenali || target == tanzeem)
{ if (tujuan==membina individu itu)
{ suara hati ==”Kalau dah gitu, jom le pergi…”}
else
{ suara hati ==”Mungkin dia ada masalah lagi. It’s okay. Next time.”}
}
else
{
if (tujuan==membina individu itu)
{ suara hati ==”Mungkin dia ada masalah lagi. It’s okay. Next time.”}
else
{ suara hati ==”Kalau dah gitu, jom le pergi…”}
}

Apa perlu dibuat sekiranya saya bersuara hati B pada kawan yang umum atau tidak dalam kepimpinan?

Manusia mempunyai ciri dan tingkah masing-masing. Tidak sama kaedah Nabi melayan Badwi yang membuang air dalam masjid dan Kaab b Malik – seorang yang rapat dengan Nabi. Tidak sama Umar melayan individu yang mencuri ketika ada masalah ekonomi/ makanan dan ketika beliau menyaksikan proses menandatangani Perjanjian Hudaibiyah. Mengapa tidak sama? Kerana Nabi dan Umar tahu keperluan dan kemampuan fizikal, intelek, emosi dan spiritual masing-masing.

Apabila ada rakan yang menyatakan ‘Saya tak nak pergi’, ia bermaksud ada aspek PIE yang masih belum selesai. Antara beberapa kemungkinan (dan anda lebih memahami):

1) Anda tidak pernah belanja makan atau mengetahui latar belakang hidupnya. Atau makan bersama. Atau berjalan bersama. (P)
2) Anda mungkin tidak pernah diskusi isu, berita, tanya cita-cita, buku yang diminati atau topik yang dia suka. (I)
3) Anda mungkin tidak pernah atau jarang bertegur sapa serta bertanya khabar. Mungkin anda masih belum sempat memberi bantuan kepadanya untuk mencari groceries, membantu buat kerja rumah dan perkara-perkara kebajikan lain. (E)

Lantaran untuk ke usrah atau berbuat kebajikan ini adalah perkara spirituil, ia memerlukan tautan dan kekuatan. Oleh itu, jika anda ada masa untuk berinteraksi dengan rakan-rakan, bermulalah sesuatu yang bersifat layyinan (lembut)  sebagaimana ciri Rasul bersama orang di sekelilingnya sebagaimana terakam dalam Surah ali Imran ayat 159:

159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

Kelembutan itu bukan hanya pada emosi atau tutur kata. Ia bermula dalam hati. Siapakah yang mengawal hati kita? Allah yang juga menurunkan rahmat untuk berlemah lembut. Apabila rahmat itu hilang kerana kita rasakan diri kita lebih baik, jadilah kita berkasar dan tidak endah bersama siapakah yang kita berinteraksi. Kelembutan ini tidak bermaksud anda membiarkan rakan anda terus dibuai CNN atau Astro atau MTV, sambil itu dalam hati “Mungkin dia ada masalah lagi. It’s okay. Next time.” padahal waktu solat sudah makin berakhir. Di kala itu, ANDA yang ada masalah sebenarnya!

10 thoughts on “Bukan saya tak nak pergi…

  • hamidah

    tertarik dengan artikel ni sebab baru sahaja selesai usrah buat pertama kalinya di sini. sebelum ini, bila disebut tentang usrah lokal di sini, segala macam alasan diberikan terutamanya tentang sambutan dan kehadiran ahli usrah.
    tetapi, sambutan usrah petang tadi amat memberansangkan, better than what I expected. malah, ada juga rakan-rakan yang saya sendiri tak expect dia akan berminat untuk join, yang bersemangat sungguh waktu discussion usrah tersebut.
    and I think it goes back to PIES. as long as kita sentiasa menjaga P, I, dan E dengan rakan-rakan seperjuangan, S akan come along (almost) easily. kalau P, I, or E pun tak dapat nak dijaga, i.e. tak care about others, tanya khabar etc, nak ajak datang usrah akan jadi agak sukar dan awkward.

    Reply
  • saudara farhan

    pertama kali baca bahaguan awal artikel ni, ingatkan takde beza antara 2.si B kelihatannya mahu bersangka baik dengan rakannya.mungkinkah ini satu contoh belitan iblis? wallahualam..

    3 contoh PIE yg masih belum selesai tu bagi ana dibawah konteks dakwah fardiyah.satu aspek yg selalu terlepas dipandangan mata para daie. ana sendiri pun sgt lemah dlm bab2 mcm ni.

    Reply
    • al-muntalaq

      insha-allah kalau kita sedar PIE lemah, satu petanda yang bagus. dalam masa kita mendidik orang lain, kita sebenarnya mendidik diri sendiri juga

      Reply
  • Jenis usrah yang ingin diperkenalkan kepada kawan juga perlu dipastikan. Kiranya rakan itu tidak pernah mengikuti sebarang usrah mahupun halaqah, dan tidak pula menunjukkan minat terhadap program-program sedimikian, tidak berapa sesuai kiranya kita terus mebawanya ke program usrah yang membincangkan isu-isu terlampau berat.

    Pendekatan perlu berperingkat.

    Dan proses membina jambatan perlu punya pendekatan individu dan jangan tersalah menstereotaipkan sesiapa.

    Reply
  • tanpa nama

    setuju dengan echopena.

    Pendekatan yang sesuai sangat diperlukan terhadap mereka yang berbeza background.

    Teringat juga kata-kata salah seorang dari mereka yang mengikut usrah di sini “Manela tau kan, tengok orangnye macam gila2, sekali dia ikut usrah”. Ini menunjukkan juga keperluan untuk kita mendekatkan diri dengan mereka2 yang sering dilabel sebagai “gang gila2” sebab manalah tau kan, dalam diri mereka ni ade sedikit perasaan untuk mencari kebenaran cuma tiada siapa approach mereka.

    Sering kali mereka yang ingin menggerakkan usrah di sesuatu kawasan mencari mereka yang sudah ada kefahaman. Tapi jangan lupa untuk approach golongan yang dilabel sebagai “gang gila2” kerana hidayah itu milik Allah.

    Reply
  • syafiq

    pengembaraan yg baru separuh perjalanan dah menemukan diri ini dgn pelbagai character. kena dampingi mereka, baru boleh tahu apa yg tersirat di hati masing2.

    kadang2 kecewa bila ada saudara sendiri yg menentang penegakkan agama ini. halaqa tak pernah ponteng, tapi masih dalam kerangka lama. agaknya kelemahan diri ini dalam menyampaikan menyebabkan masih ada yg tertinggal..

    Reply
  • ah indahnya dengar statement ni: hidayah itu milik Allah.
    terasa hilang sedikit beban di bahu.

    Kadang-kadang kita ter ‘saiko’ diri sendiri
    bila mana melihat usaha kita dan kawan-kawan seolah-olah tiada yang menghargai.
    Dah berusaha bagai nak rak, tapi kawan-kawan masih memperlekeh.
    Suasana masih tak terwujud di kawasan sendiri.
    Rupa-rupanya kita terlupa, Allah bagi kita tugas tak lah susah mana, Allah suruh berusaha saja. Keputusan akhir itu, Allah yang tentukan.

    Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.

    Reply
  • Yup..setuju yg kita kena jaga hubungan PIE dgn mereka di sekeliling kita. In fact among mereka yg ‘commit’ pun still kena jaga hubungan ini. Ana bleh kata hubungan dgn ‘commit’ ini lebih utama utk dijaga, in my opinion. =)
    Why? Because yg ‘commit’ itulah yg akan backup, motivate etc bile kita slow, down and sbgnya.
    Yang terbaik dapat dedua, klu x bleh at least dapat satu yg menjadi ‘fuel’ utk kita terus atas musafir ini.

    Wallahu a’lam

    Reply
  • wan_khalil

    sedar tak sedar inilah yg sesetgh org kategorikan sbg politik. politik dalam erti kata hubungan sesama manusia. kita kena tahu macam mana nak memanipulasikan keadaan untuk mencapai misi kita. seperti yagn tercatat di atas, klu org tu xde kereta, kita pelawa dia g beli barangan dapur. jangan la pula jumpa tepi jalan tego pun nak, biar dia jalan kaki sorang2. walau apapun niat kena betul.

    sekian,
    -kk-

    Reply
  • Pingback: al-Muntalaq » Blog Archive » Respon kepada artikel: Bukan saya tak nak pergi…

Leave a Reply to tanpa nama Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
4 Tip Menggunakan Transkrip Tarbiah

Pernahkah anda mengikuti kelas pengajian agama? Atau pernah anda ikuti usrah? Setelah beberapa lama, anda akan berpindah tempat dan ingin

Close