Belajar Dari Asas


Assalamualaikum,

InsyaAllah kali ini saya sekadar mahu berkongsi satu pengajaran yang diperolehi di dalam kelas MGMT411(satu kelas analisis pelaburan) beberapa hari lalu. Sedang semua pelajar asyik melakukan pengiraan, pensyarah kami dikejutkan dengan satu soalan daripada seorang pelajar. Soalannya,  mengapa kami masih perlu melakukan semua kiraan variance, standard deviation, correlation coefficient ini secara manual menggunakan kalkulator sedangkan pada zaman ini sudah banyak software yang dicipta untuk menganalisis risiko dan pulangan sesuatu portfolio.Cepat dan mudah. Jika zaman sekarang seperti zaman pra 1980-an, mungkin ilmu ini ada kepentingan untuk dipelajari.

Dalam hati: “Apa la American ni, semua mau segera”. Tapi jawapan pensyarah kami mudah sahaja. Katanya, dengan melakukan pengiraan secara manual, kamu akan faham asasnya.Dan lebih penting memahani betul-betul apa yang dipelajari serta apa yang dimaksudkan dengan risiko dan pulangan.

Memang, melakukan pengiraan secara manual memang tedious dan memakan masa yang lama. Setakat menganalisis satu portfolio yang mengandungi 3 stock dari 3 syarikat  pun sudah memakan masa lebih 10 minit, inikan pula untuk mengira satu portfolio yang mengandungi beratus unit saham. Pendek kata, secara logiknya belajar untuk menganalis saham secara manual memang tidek efisyen dan membuang masa.

Jawapan pensyarah saya tadi membawa saya melihat pada situasi umat dan diri saya sendiri pada hari ini dalam berusaha untuk berinteraksi dengan al-Quran menerusi terjemahannya. Paza zaman yang serba moden ini, terjemahan Quran bukan sahaja boleh dibaca dalam bentuk teks, malah boleh dicapai dalam bentuk e-book, laman web, perisian, cd, ipod, iphone dan bermacam-macam lagi. Kita kira dengan adanya terjemahan sebegini sudah cukup untuk kita menterjemahkan Quran. Lantas itu, kita meninggalkan tuntutan untuk mendalami bahasa arab bagi memahami sebenar-benarnya terjemahan ayat suci al-Quran.

Dan sememangnya mempelajari bahasa Arab bukan semudah yang disangka. Sama perihalnya dalam soal melakukan pengiraan untuk mencari risiko dan pulangan sesuatu saham. Asasnya dibina sejak sekolah lagi. Di sekolah rendah belajar tambah tolak. Naik sekolah menengah belajar median dan mean. Tahun pertama di universiti belajar tentang variance, standard deviation, dan correlation coefficient. Dan 2 tahun terakhir adalah untuk mengaplikasikannya sebelum beralih kepada pengendalian perisian untuk  melakukan analisis.

Bahasa arab juga begitu. Asas kukuh memerlukan masa yang lama dan usaha yang berterusan untuk dibina. Jauh susah jika mahu dibandingkan dengan usaha membuka kitab terjemahan. Tapi faedahnya masyaAllah..Tak perlu lagi bersusah payah membuka kitab terjemahan. Dan yang utama, penguasaan bahasa Arab semestinya mampu seseorang itu untuk menghayati bacaan ayat suci yang dibaca ketika solat. Satu nikmat besar yang semestinya memerlukan pengorbanan yang besar dari orang Melayu seperti kita.

Sekian Wasallam

Facebook Comments:

8 Comments

  1. honeyn says:

    salam,

    syabas, kupasan isi yang bagus dan menarik memandangkan ana berminat dalam pelaburan. Bagi ana, dalam setiap perkara, asas itu amat penting dalam pemahaman, penghayatan serta penghargaan untuk sesuatu perkara.Tidak kiralah math, english,malay,physics,chemy, bio, akaun n etc. ini apatah pula, bahasa arab dalam pemahaman al-quran. Tetapi, terfikir juga, seperti ana, yang agak kesibukan (salah ana sendri), paling mudah, buka terjemahan dan tafsir. seelok2nya, perlulah kita semua belajar bahasa arab dalam konteks memahami al-quran..( mengingatkan diri ana juga). Sekadar tambahan, Ana ingin bawa konsep asas ini dalam konteks menjadi seorang muslim. Untuk menjadi muslim yang soleh/ah, kalau asas2 tak jaga, x dipelajari, x difahami, x diikuti, alamatnya, kefahaman untuk perkara yang lebih besar.amatlah berat. contoh: akidah (merujuk kepada valentine’s n etc yang boleh rosakkan akidah), ibadah (solat), pergaulan dengan parents, sahabat2, orang sekeliling. n etc.

    wallahualam

    kalau salah statement betul2 kan la yer.

    • al-muntalaq says:

      very nice observation, mashah-allah..mabruk untuk penulis…inilah yang kita mahukan…

      dan semoga masing2 boleh mula belajar bahasa arab..dan mendalami Islam

    • farhan_wahab says:

      begitu juga ketika mahu mulakan halaqah..tak sesuai bawak perbincangan yang berat2 pada peringkat awal..first mmg kena settle ukhwah dulu, kemudian akidah, ibadat etc..takde jalan mudah dlm membina insitusi usrah yang kukuh..
      dan kalau silap pada asasnya, masalah tak istiqamah pun timbul..
      baru dua tiga bulan, dah hilang arah tuju

      • wafeeqah says:

        setuju dengan farhan_wahab yang tak perlu bawa perbincangan berat2 di peringkat awal..takut tak faham dan membazir masajer..pemikir-pemikir liberalis sekarang suka condemn usrah kononnya pengisian lapuk..tiada bahan2 yang ‘up’..merekani yang asas2 islam pun tak setel, dah nak sibuk2 hadam kitab2 falsafah yang belit2 dan putar2tu..dahla malas nak baca kitab bahasa arab, kemudian berhajat nak kritik agama pula..memang tak faham..konklusinya, balikla kepada asas..setelkan dulu yang mana usul yang mana cabang,yang mana qatiyyat yang mana zanniyat..barulah boleh nak cakap lebat..(luahan buat teman liberalisku)..wallahua’lam

  2. syafiq says:

    yup. bermula dari tapaknya.. kadang2 terlebih laju, sampai terabai pula perkara2 asas..

  3. deremind says:

    antara punca orang tak amalkan Islam

    – dah TAHU, tapi tak FAHAM.

    sepertinya membaca al-quran tapi sekadar baca. belajar Pendidikan Islam tapi setakat A dalam SPM.

    selalu terfikir keadaan diri yang kadang tahu, tapi luarannya seperti tak tahu…

    • syafiq says:

      dah tau tapi buat2 tak faham lagi la.. atau takut nak katakan mana yang benar sebab nak seronok je..

      ada pengalaman berdepan dengan org yg kadang2 keliru, nak ikut cara islam atau nak kehendak orang ramai.. kita perlu dampingi mereka dan bagi panduan/nasihat esp jika mereka pegang critical position dalam mana2 board..

      grade A dalam peperiksaan tue belum teruji dengan realiti dunia sebenar.. kata org, belum ampuh..

  4. Amir says:

    Pada pendapat saya, sebab kita perlu buat segala pengiraan statistik (atau ape saje) secara manual samalah sebab kita belajar matematik darjah satu…

    bayangkan, kenapa perlu kita belajar 1 + 1 = 2 kalau calculator dah boleh berikan jawapan tersebut? kenape tak di ajar saje anak2 kecik tu menggunakan calculator?

    jawapannye, setuju la dengan penulis, buat ape2 pun, asas kene ade. Mmg la kalkulator boleh kirakan yang 1 + 1 = 2, tapi kita perlu paham mane datangnye 2 tu. sama jugak dengan std, mean, dsb… sama gak la dengan islam…

    ulama’ ni kire cam calculator ar bagi saya. boleh je kite input kan soalan ttg agame kat ustaz2 and ustaz2 tu bagi jawapan, tapi kan best kalo kite sendiri paham mane dtgnye jawapan tu, betul tak?

    tu je. salam alaikum. =) jazakallah..

Leave a Reply

Read previous post:
Hukum menyambut Valentine’s Day

Assalamualaikum warahmatullah, Saya mulakan dengan kalimah Basmallah, segala yang baik datangnya dari Allah dan yg buruk itu adalah kesalahan saya...

Close