Nurul Husnida Mohamad – Membina Legasi

Alahai Manusia… Hilangnya Adab Di Jalan Raya
Tanggapan dari warga asing tentang orang Malaysia dikenali dengan sikap sopan-santun dan lemah lembut. Benarkah tanggapan tersebut?

Hendak lihat ‘warna sebenar’ seseorang, lihat corak pemanduannya di atas jalan raya. Cuba perhatikan sikap para pemandu di Malaysia.

Nah, di situ terserlah ‘warna’ diri seseorang. Semuanya berubah kerana ada rasa tercabar. Ada yang apabila masuk ke dalam kenderaan hilang segala kelembutan, kesabaran dan  sifat sopan dalam dirinya. Tidak kira lelaki atau pun perempuan. Itulah hakikatnya.

Jepun Negara Islam?

Pada hari ini boleh di kira bilangan orang yang beretika di jalan raya. Antara sikap pemandu yang paling kerap dilakukan, masuk atau keluar simpang dan memotong tanpa memberi lampu isyarat ‘signal’.  Membuatkan pemandu lain beremosi semasa memandu.

“Apa ini, keluar tidak buka ‘signal’!”.

Sudah buat orang marah. Buat orang lain sakit hati. Mulalah dimarah dan dimaki pemandu lain. Seharusnya doa yang diharapkan dari orang lain, tetapi cacian dan sumpahan yang dapat.

Alangkah ruginya!

Situasi lain. Pengguna yang hendak melintas atau membelok masuk ke simpang. Lama pengguna jalan raya tersebut menunggu untuk dapat laluan. Apa salahnya beri laluan andainya laluan jalan yang sesak. Angkat lampu tinggi sebanyak dua kali tanda memberi laluan. Pengguna itu pasti akan terdetik doa dalam hatinya. Itu juga dikira sedekah kerana memudahkan urusan orang lain. Hati jadi lapang. Gembira.

Dalam hal ini, kedua-duanya memainkan peranan. Ada toleransi. Memberi dan membalas. Siapa yang memudahkan akan dimudahkan. Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW, bersabda;

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)

Mudah sahaja mencari pahala. Hendak cari dosa pun senang juga.

“Pahala ada di mana-mana. Dosa ada dimana-mana” – Fazrul Ismail

Sehingga kini, laporan statistik angka korban semakin meningkat saban tahun terutamanya ketika musim-musim cuti sekolah yang panjang. Apa puncanya? Sikap yang kurang berhemah ini antara punca berlakunya kemalangan. Kedua-dua situasi itu popular yang kerap dilakukan oleh segelintir pemandu di Malaysia.

Islam itu selamat. Tetapi siapa yang akan memainkan peranan penyelamat itu? Tepuk dada tanya hati.

Jom ‘terbang’ sebentar ke negara matahari terbit. Melihat bagaimana pemandu di Jepun berkomunikasi di atas jalan raya. Klik di pautan video tersebut.

Cara Orang Jepun Terima Kasih D.Jalan Raya

Awesome! Bijak! Baiknya orang Jepun.

Atas jalan raya juga boleh berinteraksi? Ya, itulah cara pemanduan mengucapkan tanda terima kasih di atas jalan raya. Lampu kecemasan di pasang dan berkedip sebanyak dua kali, sebagai tanda penghargaan kepada pemandu lain.

Betapa tertibnya dan penuh sopan. Bukankah Islam menganjurkan sikap sedemikian? Kita sepatutnya berasa malu. Negara bukan Islam tetapi amalannya dekat dengan Islam. Di’cop’ sebagai Muslim, tetapi cara hidup adakah benar-benar Islam?

Sistem Islam itu memang sudah cantik dan sempurna. Hanya sikap orang Muslim itu sendiri yang perlu berubah.  Kata, Islam is the way of life. Bukan sekadar luaran, tetapi sikap turut melambangkan diri seseorang itu benar-benar Muslim 100%.

Kesimpulan

Itulah realiti keadaan corak pemanduan di Malaysia. Sikap moral di atas jalan raya. Sifat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan orang yang kita pandu dan juga pengguna jalan raya yang lain. Islam agama yang syumul. Praktikal diamalkan dimana sahaja termasuk di jalan raya. Bukankah itu yang diajar oleh Islam?

Islam sendiri telah mendidik Muslim dengan akhlak dalam al-Quran. Yang paling dekat sekali solat. Apa kaitannya dengan solat? Solat berjaya mendidik seseorang menjadi disiplin. Barisan saf tersusun secara auomatik. Tidak berebut-rebut.

Hikmah dari solat menunjukkan, impak dari melaksanakan solat gagal membentuk diri seseorang menjadi berdisiplin. Bukankah dalam solat berjaya membentuk manusia secara automatik terdisiplin? Mengapa di luar solat hilang semua prinsip itu? Cuba ‘check’ balik solat. Kelam kabut? Terburu-buru?

Jaga dan perbaiki hubungan dengan Allah,  moga menjadi insan yang lebih baik sesama manusia lain.

Jom hiasi peribadi dengan akhlak Al-Quran!

Jejak Kembara Nabi Muhammad SAW : Hilang Semangat?
Sedih? Kecewa? Hilang semangat?

Lumrah sifat manusia ada kadang-kalanya naik dan turun.

Rasulullah turut bersedih di uji kewafatan isteri dan bapa saudaranya dalam satu masa. Kemudian dakwahnya pula di Thaif ditolak dan Baginda dibaling dengan batu.

Kita baru diuji dengan sedikit ujian, mudah patah semangat.

Mungkin ada yang menjawab, “Itu Nabi”.

Ya, memang benar. Tetapi Baginda juga sama seperti manusia lain, punya hati dan perasaan. Cumanya dia diangkat martabatnya menjadi kekasih Allah.

Kita tidak mahu juga jadi kekasih Allah?

Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.

Kasihnya Nabi Muhammad SAW

Kesedihan yang menimpa diri Rasulullah di atas kewafatan dua insan yang tersayang seakan merasakan ruang dakwahnya di Kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri seakan terancam. Keaadan tersebut mendorong Rasulullah SAW berpindah ke Thaif dengan harapan dakwah Baginda diterima oleh penduduknya.

Tetapi alangkah sedihnya, Nabi SAW bukan sahaja dihalau, malah dicaci, dihina dan dibaling dengan batu sehingga berdarah. Kemudian Allah SWT telah mengirimkan malaikat datang untuk menghancurkan penduduk Thaif. Tetapi Nabi SAW menolak dan berdoa kepada Allah SWT agar akan ada yang lahir dari keturunan mereka mentauhidkan Allah.

Itulah akhlak lemah lembut Rasulullah SAW yang agung dalam Surah Ali-Imran ayat 159. Saat dibalas dengan perlakuan buruk, Baginda memberi maaf malah mendoakan kebaikan ke atas umatnya.

فَبِمَا رَحۡمَةٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡ‌ۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلۡقَلۡبِ لَٱنفَضُّواْ مِنۡ حَوۡلِكَ‌ۖ فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ ( ١٥٩ )

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal  kepadaNya”.

(Surah Ali-Imran 3:159)

Benarkan Nabi SAW kasih dan sayang pada umatnya?

Bagaimana pula kita kasih dan sayangkan Nabi?

Ibrah Kembara Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW

Dalam kesedihan itu, Allah hadiahkan kepada Nabi SAW Israk dan Mikraj untuk menghibur dan menguatkan imannya. Pelbagai peristiwa yang dilalui Nabi SAW sepanjang penjalanan. Jelas dilihat balasan azab neraka dan syurga.

Dalam kembara Rasulullah SAW ini, Allah SWT menganugerahkan solat sebagai binaan yang menghubungkan hamba-Nya terus kepada Penciptanya.

Kerana kasihkan umat, Nabi SAW sanggup memohon keringanan sebanyak 9 kali dari 50 waktu solat dikurangkan menjadi hanya 5 waktu sehari. Tetapi itu pun masih sukar dipenuhi. Kenapa? Sama-sama fikirkan.

Jika Nabi SAW minta dikurangkan lagi kali ke 10, apakah binaan yang akan menghubungkan terus hamba-Nya kepada Penciptanya? Apakah yang akan jadi pada manusia? Apakah mungkin manusia itu akan ingat pada Allah dalam sehari?

Allah itu Maha Mengetahui.

Justeru, syukur dan lihatlah. Betapa kasihnya Allah. Dengan solat, ia jambatan yang menghubungkan hamba-Nya terus tanpa sebarang caj dan ‘appoinment’. Tidak kira masa. Tidak kira tempat. Mohonlah pertolongan dari Allah dengan solat dan penuh kesabaran. Agar hati yang lemah kembali bersemangat.

Firman Allah SWT;

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”.

(Surah Al-Baqarah 2: 153)

إِن يَنصُرۡكُمُ ٱللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمۡ‌ۖ وَإِن يَخۡذُلۡكُمۡ فَمَن ذَا ٱلَّذِى يَنصُرُكُم مِّنۢ بَعۡدِهِۦ‌ۗ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُون

“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri”.

(Surah Ali-Imran 3:160)

Allah. Itulah sumber kekuatan bagi seorang insan. Hatta sekalipun meminta nasihat dari pakar, jika Allah tidak sentuh hati seseorang itu, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghilangkan sebarang kesedihan dan resah di dalam jiwanya.

Kesimpulan

Dengan peristiwa besar kisah kembara Israk Mikraj Nabi ini, ia bukan sekadar penceritaan tetapi manusia perlu berfikir dan mengambil ikhtibar agar insaf dengan kebesaran Allah SWT.

Sebagaimana yang telah diceritakan, Nabi SAW telah ditimpa kesedihan sebelum peristiwa Israk Mikraj. Kemudian dalam keadaan demikian, didatangkan perintah untuk Nabi SAW bertemu dengan Allah.

Dari peristiwa tersebut, ia memberi pengajaran kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah ketika didatangi musibah dan pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Bukan hanya ketika kesusahan sahaja malah ketika dalam kesenangan juga sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya.

Selami dan hayati penceritaan perjalanan perjuangan Rasulullah SAW di dalam al-Quran agar ruh semangat yang hilang itu dapat diubati dan kembali terinspirasi.

Letakkan cinta Allah melebihi yang lain,

Inshaa Allah semua perkara akan dilihat mudah.

Sebab apa… Aku ada Allah.

So, don’t worry.

Moga diri terus BERSEMANGAT memburu KEJAYAAN menuju ke SYURGA!

Bina Insan (S): Jiwa Rasa Kosong?
MUQADDIMAH

Renung dan tanya ke dalam diri. Jiwa kosong? Rata- rata bila ditanya pada semua orang pasti akan merasainya. Mengapa masih lagi terasa kosong? Sedangkan ada keluarga, sahabat, orang sekeliling dan cukup segala keperluan. Namun masih lagi kurang kepuasan dalam hati. Apa lagi yang kurang? “Something missing”.

Cuba fikir dan renung sejenak, imbas kembali rutin kehidupan seharian. Awal pagi bersiap untuk bekerja atau belajar. Kemudian jalankan rutin pekerjaan seperti biasa. Balik dari kerja letih kemudian rehat dan tidur. Keesokannya harinya ulang kembali rutin yang sama. Sehinggakan ada yang berkata;

“ Bosanlah buat perkara yang sama hari-hari. Adakah ini yang hendak dalam hidup?Tidak tahu apa yang hendak dalam hidup ini”.

Bilamana melihat lautan manusia bersesak dan sibuk  bergegas terkejar ke sana sini, seolah-olah dunia adalah segalanya dan tiada penghujungnya. Seakan merasa diri akan hidup selama-lamanya tidak akan mati. Namun hakikatnya hidup ini adalah singkat dan bila-bila masa ajal akan menjemput. Kerana mati itu pasti.

Pernah tidak terdetik dihati dan tertanya-tanya;

“Sebenarnya, apa yang dibuat dalam hidup ini?

Apa tujuan hidup ini?

Apa yang hendak dalam hidup ini?”

FOKUS KEHIDUPAN

Ramai manusia kini dilihat seakan hilang arah dan matlamat dalam hidup.  Sehinggakan ada yang tersasar dari landasan kehidupan. Manusia ini ada kalanya lupa bahawa kehidupan ini adalah menuju akhirat. Dan hanya kehidupan di sana yang kekal abadi selepas hidup di dunia.

Satu ilmu perkongsian dari Trainer Tuan Fazrul Ismail berkaitan gambaran lakaran kehidupan agar terus fokus dalam hidup. Ianya boleh diambil untuk dijadikan sebagai panduan matlamat kehidupan.

Berdasarkan gambar tersebut, kehidupan ini perlu difokuskan. Fokus ini adalah apa yang hendak dicapai dalam jangka masa panjang (long term).

Dalam tempoh 100 tahun akan datang, tetapkan matlamat yang hendak dibina.

100 tahun akan datang ada kaitan dengan 30 tahun dari sekarang. Dalam tempoh 30 tahun itu, sebagai contohnya apakah kejayaan yang ingin dicapai agar 100 tahun akan datang dapat meninggalkan legasi dalam bentuk fizikal (sadaqatul jariah), ilmu bermanfaat dan sistem anak soleh.

100 tahun akan datang itu juga ada kaitan dengan lima tahun, tiga tahun, setahun dan sebulan dari sekarang. Apa yang perlu dibuat untuk mencapai 100 tahun akan datang.

Akhir sekali iaitu 0 – akhirat iaitu matlamat ke kesyurga perlu dibina sumber-sumber tadi secara bersungguh-sungguh.

Dengan adanya master plan dalam kehidupan, moga hidup lebih fokus.

MEMBANGUN DALAM DIRI INSAN (Mengenali Maha Pencipta)

Satu kata-kata dipetik dari penulis Steve Maraboli dalam bukunya bertajuk “Life, the Truth and Being Free” , beliau menyatakan;

“I find the best way to love someone is not to change them but instead, to help them reveal the greatest version of himself”.

Pernyataan yang dibuat oleh beliau menggambarkan manusia itu tidak perlu di ubah tetapi perlu dibantu untuk dibangunkan dalaman dirinya.

Apa yang perlu dibangunkan?

Cuba tanya pada diri. Siapa dan dimana keberadaan Allah dalam diri?

Ibnu Qaiyyim mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran adalah untuk renungkan, ambil sebagai petunjuk, ingat sebagai penghibur, tafsirkan dengan bentuk dan pengertian yang terbaik, percayai dan yakini, serta tegakkan perintah-perintah dan larangan-larangannya semaksima mungkin. Dari hasil tuaian buah ilmu yang bermanfaat akan mendekatkan diri kepada Allah, dari pepohonan dan taman hikmahnya, baik dari tanaman-tanaman mahupun bunga-bunganya.  Kerana, al-Quran adalah kitab Allah yang akan menunjukkan segala hal mengenai Allah bagi sesiapa sahaja yang ingin mengenali-Nya.

Renungkan (tadabbur tazakkur) kalam-kalam Allah Maha Pencipta manusia.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُون

“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.”

(Surah al-Baqarah 2:21)

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن طِينٍ۬ ثُمَّ قَضَىٰٓ أَجَلاً۬‌ۖ وَأَجَلٌ۬ مُّسَمًّى عِندَهُ ۥ‌ۖ ثُمَّ أَنتُمۡ تَمۡتَرُونَ

“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan)”.

(Surah al-An’am 6:2)

وَلَقَدۡ جِئۡتُمُونَا فُرَٲدَىٰ كَمَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬ وَتَرَكۡتُم مَّا خَوَّلۡنَـٰكُمۡ وَرَآءَ ظُهُورِڪُمۡ‌ۖ وَمَا نَرَىٰ مَعَكُمۡ شُفَعَآءَكُمُ ٱلَّذِينَ زَعَمۡتُمۡ أَنَّہُمۡ فِيكُمۡ شُرَكَـٰٓؤُاْ‌ۚ لَقَد تَّقَطَّعَ بَيۡنَكُمۡ وَضَلَّ عَنڪُم مَّا كُنتُمۡ تَزۡعُمُونَ

“Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu dan Kami tidak melihat berserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka) dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat)”.

(Surah al-An’am 6:94)

Sebagai analoginya, sebuah robot mempunyai “manual book” yang di buat oleh penciptanya. Hanya penciptanya lebih mengetahui perihal robot tersebut.  Jika ada masalah, hanya dia sahaja mengetahui solusinya.

Begitu juga insan, Allah sengaja meninggalkan Al-Quran kepada manusia. Kerana Dia tahu manusia pasti akan memerlukannya. Ianya ibarat cahaya menerangi kegelapan. Tanpa manual tersebut, mana mungkin manusia di muka bumi akan hidup terarah bersandarkan peraturan dari-Nya.

Peristiwa Saidina Umar AS masuk Islam sangat menarik. Hanya kerana terdengar bacaan ayat Al-Quran yang diperdengarkan oleh adiknya telah berjaya menyentuh dan melembutkan hati dan sifatnya yang kasar. Terketar hatinya tatkala surah Taha ayat 1 hingga lapan dibaca sehingga beliau melafazkan kalimah syahadah tanda keIslamannya.

طه ( ١ ) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ ( ٢ ) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ ( ٣ ) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى ( ٤ ) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ ( ٥ ) لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا وَمَا تَحۡتَ ٱلثَّرَىٰ ( ٦ ) وَإِن تَجۡهَرۡ بِٱلۡقَوۡلِ فَإِنَّهُ ۥ يَعۡلَمُ ٱلسِّرَّ وَأَخۡفَى ( ٧ ) ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ ( ٨ ) وَهَلۡ أَتَٮٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ ( ٩ )

“Taa Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik”.

(Surah Taha 20: 1-8)

Lihatlah betapa agung dan ajaibnya kuasa dari kalam Allah. Itulah Nur (cahaya) Al-Quran dari Allah. Boleh membuka hati seseorang, agar tunduk kepada-Nya.

ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ

“Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya”.

(Surah al-Baqarah 2:257)

ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ‌ۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ‌ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ۬ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬‌ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬‌ۗ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬

“Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

(Surah an-Nuur 24:35)

Rumusan

“Bila insan mencari diri, dia akan jumpa Allah.

Bila kenal Allah, akan tahu erti tujuan hidup ini.

Bila tahu tujuan hidup, akan tahu ke mana penyudahnya”.

Adakah hati sudah terisi dan sudah ada fokus dalam hidup?

Sekiranya sudah, ucapkan Alhamdulillah. Allah SWT masih menyayangi untuk terus berada di landasannya yang lurus.

Jika belum dan andainya tergelincir kembali, rujuklah “manual book” iaitu Al-Quran yang diberi oleh Maha Pencipta agar terus sentiasa berada dalam rahmat-Nya.

Pasakkan Allah sedalamnya ke dalam hati sebagai matlamat menuju kehidupan akhirat dan jadikan Al-Quran manual hidup sebagai sahabat kehidupan.

Moga hidup terus FOKUS!

Sikap Altruistik
ALTRUISME DALAM AGAMA ISLAM

Dalam Islam altruisme memberi maksud yang sama dengan “al-Itsar”. Al-itsar merupakan istilah arab yang membawa maksud mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri. Ianya adalah tingkatan yang paling tinggi dalam hubungan persaudaraan (ukhuwah).

Imam Al-Ghazali membahagikan Itsar dalam tiga tingkatan;

Tingkat paling rendah

Memberikan sesuatu yang tidak diperlukan (kepentingan pada diri) lagi oleh diri sendiri.

Tingkat pertengahan/sederhana

Apa yang ada pada diri, seperti itu juga diberikan kepada orang lain.

Tingkat paling tinggi

Mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri.

Dalam pembahagian tersebut, Imam al-Ghazali ingin memberikan gambaran tentang berbagai tingkahlaku pengorbanan yang dilakukan manusia.

Namun sebenarnya sikap altruistik yang ketiga adalah yang sebenar-benarnya yang diajarkan oleh Islam.

SIKAP ALTRUISTIK (altruistic behaviour)

Dalam al-Quran tersurat secara jelas menceritakan perihal altruisme Kaum Ansar terhadap Kaum Muhajirin. Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 9:

وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَـٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡہِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمۡ حَاجَةً۬ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِہِمۡ خَصَاصَةٌ۬‌ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ( ٩ )

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

(Surah al-Hasyr 59:9)

Pengajaran berdasarkan ayat tersebut, sikap altruistik yang diterapkan kaum Ansar di Madinah adalah telah merelakan harta dan tempat tinggal mereka untuk diberikan kepada kaum Muhajirin. Walhal dalam pada masa sama, ia sangat diperlukan oleh kaum Ansar.

Selain dari kisah tersebut, ada lagi kisah di dalam al-Quran yang menceritakan tentang sikap altruistik.

Menurut Ibnu Jarir al-Thabari dalam tafsir Al-Thabary menyebutkan dalam Riwayat Abu Hurairah bahawa;

Pada suatu hari ada seorang tetamu lelaki datang kepada Rasulullah. Oleh kerana di rumah Rasulullah tidak mempunyai makanan untuk dijamu, maka beliau bertanya kepada para sahabat,

“Siapakah kiranya yang sudi menjamu tetamuku ini?”.

Saat itu Abu Thalhah, salah seorang sahabat dari kalangan Ansar menyatakan kesediaannya untuk menjamu tetamu tersebut. Lalu Thalhah mengajak tetamu Rasulullah SAW tersebut ke rumahnya.

Pada ketika itu, di rumahnya juga sebenarnya makanan tidak mencukupi kecuali hanya untuk anak-anaknya sahaja. Dengan kepandaiannya, Thalhah memerintahkan isterinya untuk mengajak anaknya untuk bermain-main, dan ketika anaknya meminta makan malam, maka diajaknya pula mereka tidur.

Ketika tetamu tadi masuk ke tempat makan, Thalhah memerintahkan isterinya untuk mematikan lampu. Ianya agar si tetamu tidak mengetahui bahawa sebenarnya makanan yang disediakan hanya cukup untuk dirinya sahaja.

Thalhah dan isterinya turut sama-sama duduk di ruang makan seolah-olah turut makan bersama. Mereka hanya duduk bersama, sementara hanya tetamu sahaja yang makan. Setelah itu mereka suami isteri tidur dalam keadaan menahan lapar.

Keesokan paginya, Thalhah dan isterinya menemui Rasulullah, kemudian Baginda Nabi SAW memberitahu  pujian Allah SWT kepada mereka;

”Sesungguh Allah SWT kagum dengan perbuatan kamu berdua terhadap tetamu.”

(HR Muttafaq ‘alaih).

Berdasarkan kedua-dua kisah di atas, ia merupakan sikap altruistik yang dicontohkan oleh sahabat Nabi Muhammad SAW.

Sikap altruistik yang dilakukan kaum Ansar adalah atas dasar ikatan persaudaraan kemanusiaan (ukhuwah insaniyah) dan juga ikatan persaudaraan sesama muslim (ukhuwah Islamiyah) yang sangat perlu diambil pengajaran dan diaplikasi dalam kehidupan Muslim pada hari ini.

Re-Engineering Insan
MUQADDIMAH

Perkataan al-insan merupakan istilah arab yang membawa maksud manusia. Konsep insan boleh dirujuk kepada artikel sebelum ini iaitu ‘Altruistic Leadership’ menerangkan tentang istilah insan أَحۡسَنِ تَقۡوِيم. Dalam Islam, insan ialah makhluk SWT yang istimewa yang memiliki dua unsur berbeza yang penting iaitu unsur material dan spiritual yang saling melengkapi. Dalam pada itu, kedua-dua unsur ini yang membolehkan insan menjalankan dua fungsi penting iaitu selaku hamba dan khalifah Allah di muka bumi.

PEMBANGUNAN MANUSIA

Konsep ‘umran bashari iaitu pembangunan manusia yang diutarakan oleh Ibn Khaldun menekankan bahawa pembangunan manusia adalah secara menyeluruh sehingga menghasilkan manusia yang seimbang.

Mahbub ul Haq iaitu pakar ekonomi dari Pakistan telah mempelopori konsep ini dan menjelaskan bahawa ‘pembangunan manusia’ ialah pembangunan yang memusatkan manusia itu sendiri, iaitu manusia menjadi ejen pembangunan, sekaligus menjadi matlamat akhir kepada pembangunan itu sendiri.

Dengan kata lain, pembangunan insan adalah membangunkan dalam dan luar diri manusia Dalam pada masa yang sama, pembangunan manusia hendaklah berteraskan agama bukannya berdasarkan akal semata-mata. Ini kerana jika berdasarkan akal sahaja, ianya hanya memberi manfaat di dunia sahaja. Sebaliknya, pembangunan berdasarkan agama, ia dapat memberi manfaat bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat.

CABARAN REALITI SEMASA

Masyarakat Islam kini berdepan dengan dilemma dan kecelaruan budaya yang mempengaruhi pemikiran mereka dalam situasi untuk mempertahankan tradisi atau melakukan perubahan modenisasi.

Oleh itu, umat Islam perlu memahami perbezaan di antara moden dan barat. Pemodenan bukanlah dikaitkan dengan budaya dan gaya hidup yang diamalkan di barat tetapi penguasaan dari sudut kemajuan teknologi dan inovasi.

Kesan ketaksuban pada material akibat proses modenisasi pengaruh-pengaruh budaya dari negara barat telah merosakkan dan mempengaruhi cara hidup masyarakat.

Jelas menunjukkan, cabaran yang dihadapi umat Islam kini bukan sahaja berbentuk serangan fizikal malah turut melibatkan serangan pemikiran.

Sebagai contoh, perang psikologi oleh sarjana barat untuk memerangi Islam dengan membuat pelbagai alasan membenarkan serangan fizikal ke atas umat Islam. Tanpa disedari, pemikiran umat Islam telah dijajah oleh konspirasi barat dengan manifestasi kemajuan.

Menelusuri kembali sejarah, Islam dan umatnya telah menjadi sasaran ditentang oleh iblis sejak zaman Nabi Adam AS lag. Ianya berterusan sehinggalah zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang. Jika dahulu Rasullullah SAW dan umat Islam bertarung menghancurkan pemikiran orang-orang kafir, kini umat Islam berhadapan dengan kafir kapitalis-sekularis.

Gerakan intelektual dan budaya dari barat yang bersifat serangan dari dalam atau ‘al-ghazwul fikri (serangan pemikiran) tidak ubah seperti memasukkan racun ke dalam pembuluh darah jasad umat Islam di mana sedikit demi sedikit akan memakan diri sehingga sanggup meliberalkan Islam.

Hasil daripada manifestasi pemikiran barat inilah yang telah menggunakan petunjuk fizikal untuk mengukur kemajuan sesebuah tamadun. Tanpa pegangan akidah yang kukuh, serangan pemikiran ke astas umat Islam akan mudah diresapi.

Oleh hal yang demikian, proses modenisasi tidak seharusnya dihubungkan dengan proses modenisasi di negara maju. Ini kerana proses modenisasi di negara maju berjalan dengan pesatnya tanpa dicorakkan dengan nilai dalam kehidupan apatah lagi nilai agama.

FRAMEWORK BINA INSAN (Membangun Dalam Dan Luar Insan)

Re-Engineering Insan

Idea framework solusi kepada permasalahan dan cabaran mamusia pada hari ini adalah mengambil elemen pendidikan sebagai asas dalam membina insan. Berdasarkan pandangan Naquib Al-Attas, pendidikan adalah proses menerapkan sesuatu ke dalam manusia.

Berdasarkan rajah, ‘sesuatu’ merujuk kepada kandungan apa yang diterapkan ke dalam diri insan. ‘Proses’ di sini merujuk kepada kaedah dan sistem yang dipanggil ‘pendidikan’ yang disampaikan secara beransur-ansur.  Manakala ‘manusia’ pula adalah penerima ‘proses’ dan ‘kandungan’.

ASAS BINA INSAN (ILMU)

Perkara utama dalam penyediaan bina insan ialah sistem pendidikan kepada semua generasi yang dilengkapi dengan pelbagai ilmu.

Islam menekankan pembinaan insan dalam ilmu pengetahuan seperti mana perintah dan wahyu pertama Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW di dalam al-Quran, surah al-‘Alaq ayat 1;

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ( ١ )

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk”.

(Surah al-‘Alaq 30:1)

Kenapa wahyu pertama dimulakan dengan perintah iqra’ (bacalah)?

“Bacalah!” merupakan perintah, seruan, dan tugas Ilahiah yang ditujukan kepada insan paling mulia, Nabi Muhammad SAW. Perintah itu kemudian ditujukan kepada seluruh manusia. Rasulullah SAW turut menekankan umatnya untuk mencari ilmu yang bermaksud;

“Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Islam merupakan agama yang syumul meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik dan sosial. Islam tidak hanya menekankan kejayaan di akhirat sahaja tetapi kejayaan di dunia malah di akhirat.

Terdapat banyak dalil yang digariskan di dalam al-Quran dan hadith serta dikemukakan oleh para ulama’ dan sarjana Islam yang menyatakan tentang ketinggian ilmu dan kepentingan orang berilmu. Sesiapa yang berkehendakkan kebahagiaan di dunia dan akhirat juga hendaklah dengan ilmu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa yang hendakkan dunia hendaklah ia berilmu; dan barangsiapa yang hendakkan akhirat hendaklah ia berilmu; dan barangsiapa yang hendakkan kedua-duanya hendaklah dia berilmu”

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Ia jelas turut diperkatakan oleh Sayidina Ali RA kepada Kamil bin Ziyad iaitu;

“Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjagamu dan kamu akan menjaga harta. Ilmu semakin bertambah jika diinfakkan, Dan harta, sebaliknya semakin berkurang jika dibelanjakan. Ilmu pembimbing dan harta dibimbing”

KENAPA PENDIDIKAN?

Yusuf Qaradawi dalam hal ini menegaskan bahawa aspek pendidikan ini sebenarnya merupakan perkara yang perlu diutamakan. Ia termasuk agenda penting Islam dan harus difahami sebagai awlawiyat dan tanggungjawab untuk dilangsaikan.

Menurut Ibnu Sina, pendidikan rabbani yang berteraskan akidah Islam atau paradigm tauhid adalah sebagai landasan pembinaan rohani dan spiritual.

Meletakkan pendidikan sebagai perkara utama turut ditekankan oleh ilmuan Islam iaitu Sayyid Abul A’la Mawdudi sebagaimana hasil nukilannya “Tiada Islam Tanpa Ilmu Pengetahuan”.

Kejahilan itu perlu diubat dengan ilmu dan cara mendapat ilmu tersebut adalah melalui pendidikan seperti mana dalam karyanya juga “Knowledge, The First Step”. Pada pandangan beliau, Islam merangkumi dua perkara utama iaitu pertama ilmu dan keduanya ialah mengamalkan ilmu tersebut. Seseorang tidak akan dapat memahami keadaan sekelilingnya tanpa ilmu.

MODAL INSAN ATAU BINA INSAN?

Kebanyakan negara membangun berlumba-lumba untuk membentuk modul dan strategi bagi menjayakan pembentukan modal insan dengan memberikan latihan dan pembangunan kemahiran insaniah (Wan Suhaimi, 2008). Malaysia turut tidak terkecuali dengan menjadikan pembangunan modal insan sebagai satu strategi pembangunan.

Pembangunan modal insan dari perspektif Islam adalah pembangunan yang melihat insan sebagai watak terpenting dalam sesebuah pembangunan negara.

Modal insan yang seimbang tidak akan mampu tercapai jika strategi dibuat hanya menumpukan kepada latihan, kemahiran dan penyediaan fasiliti mengikut kehendak pekerjaan semasa.

Definisi pembangunan insan berlainan pula dengan modal insan. Pembangunan insan adalah membangunkan dalam dan luar diri manusia.

Ini kerana pembangunan Islam adalah pembangunan yang bersepadu dan menyeluruh meliputi rohani dan jasmani untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Mengesampingkan salah satu dari duanya akan menyebabkan kepincangan kepada pembangunan.

Oleh itu, membina insan haruslah bergerak seiring dengan kemajuan pembangunan dan tidak boleh diasingkan dalam rangka kerja yang lain. Dengan kata yang lain, tiada istilah insan selaku modal yang memberi keuntungan material kerana material hanya satu bahagian dari matlamat yang ingin dicapai di dunia. Tetapi jika kedua-duanya diseimbangkan maka pulangan dan ganjaran dapat dicapai di dunia dan di akhirat.

KESIMPULAN

Konsep membina insan menurut Islam perlu diukur dari sudut pembangunan fizikal (P – physical), ilmu (I-intellectual), emosi (E-emotional) dan kerohanian (S-spiritual). Ianya haruslah mencakupi kesejahteraan kehidupan di dunia dan akhirat.

Model dan teori yang dikemukakan oleh Islam tidak terdapat dalam kerangka pemikiran Barat yang mementingkan pembangunan material dan fizikal sema-mata. Justeru, dari persamaan di atas, ia boleh diaplikasikan ke dalam pendidikan bagi membina insan yang berkualiti. Bukan hanya dari sudut fizikal, malah secara keseluruhan dalaman dan luaran insan.

Harta itu tidak salah, tetapi belum tentu ia akan membawa sakinah dan kebahagiaan.

Dari sudut fizikal (P), angkubah dalam membina insan adalah kemajuan penggunaan teknologi dan peningkatan sistem inovasi. Ianya bukan semata-mata memburu kemajuan dan pengumpulan harta.

Ilmu pula (I), angkubah yang menunjukkan perubahan dari aspek pemikiran,  pembangunan pendidikan dan peningkatan pengetahuan yang seimbang dunia dan akhirat.

Yang paling penting perlu dibina dalam diri insan adalah dari sudut kerohanian (S). Angkubah pembinaan insan adalah peningkatan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Kesan dari kekukuhan iman (S) yang tinggi, akan terpancar pada emosi (E) dari dalam ke luar diri insan dengan tergambarnya pemantapan dari aspek nilai dan akhlak.

Sumber

Al-Mawdudi (1991). Let Us Be Muslims. Terjemahan; Khurram Muraf. Kuala Lumpur: A.S Noordeen.

Mahbub ul Haq (1995). Reflection On Human Development. New York: Oxford University Press.

Naquib al-Attas (1980). The Concept of Islamic Education. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM).

Yusuf al-Qaradawi (2005). Priorities of the Islamic Movement in the Coming Phase. UK: Awakening Publications.

The Road to Allah
Kehidupan manusia diibaratkan seperti putaran roda. Kadang-kadang berada di atas dan ada kalanya di bawah. Kemudian di sepanjang perjalanan adanya pula halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi. Begitulah fitrah kehidupan manusia di muka bumi. Tidak sunyi dari ujian. Bahkan dengan ujian itu tandanya dia sedang diuji yang menentukan tahap keimanan dan kebergantungannya pada Allah Tuhan Semesta Alam.

Namun hakikatnya Allah itu tidak zalim. Dia sangat kasih kepada hamba-Nya. Dia tidak membiarkan manusia itu sendirian berhadapan dengan pancaroba dalam kehidupan. Cuma manusia itu kadang terlupa. Benar, lumrah sifat manusia itu mudah lupa. Mereka adanya Tuhan tempat memohon harapan. Ironinya, ingat dikala susah, lupa dikala senang.

Oleh itu, yang leka diingatkan. Yang sedar sentiasa mengingatkan.

Perjalanan Menuju Allah

Berdasarkan kepada hadith 40 karangan Imam Nawawi, hadith kedua berbicara tentang kerangka tauhid iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Ketiga-tiganya merupakan laluan ke arah Allah SWT.

Jalan pertama, Islam, dengan melakukan tindakan yang Allah suruh serta meninggalkan larangannya.

Kemudian, tahap kedua iaitu iman, mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT dan mula merasai kemanisan hubungan dengan-Nya. Iman itu mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkan dengan perbuatan. Tetapi sejauh mana kita membenarkan dengan hati? Merasai kewujudan Allah dengan pandangan mata hati?

Peringkat ketiga inilah iaitu tahap ihsan adalah perjalanan ke arah Ilahi. Peringkat ini agar hamba-Nya semakin dekat dengan-Nya. Berdasarkan hadith riwayat Umar bin al-Khattab RA, Nabi Muhammad SAW bersabda. Maksudnya;

أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك

“Engkau beribadah kepada Allah, seolah-olah Allah melihat kamu. Dan bila engkau tidak mampu untuk melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Menurut Al-Zindani, ihsan dari segi bahasa bermaksud kecekapan dan penguasaan amalan. Manakala dari segi syara‟ pula tahsin al-zahir (memperelokkan luaran) dengan ibadah dan al-batin (dalaman) dengan keikhlasan. Firman Allah SWT, maksudnya;

وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٌ۬ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ‌ۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ( ٢٢ )

“Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah ke kesudahan segala urusan”.

(Surah Luqman, 31:22)

Menurut Mustafa Al-Bugha, ihsan adalah ikhlas dan tekun melakukan ibadah seolah-olah melihat Allah. Jika tidak mampu mencapai tahap tersebut, ingatlah bahawa Allah melihat perbuatan manusia sama ada kecil atau besar. Ihsan dalam erti yang khusus disamakan dengan akhlak iaitu tingkah laku dan budi pekerti yang baik menurut Islam.

Hakikat ihsan itu ditamsilkan dengan melaksanakan ibadah seolah-olah melihat Allah. Jika tidak mampu, maka ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan mengetahui apa yang ada dalam di dalam hati manusia.

Ibadah Kepada Allah

Kerangka Metodologi Tauhid (Ketuhanan)

Menurut Al-Qardhawi, ibadah membawa maksud al-hub (kasih) dan al-khudu’ (tunduk dan patuh). Manakala, ibadah menurut Al-‘Uthaymin membawa erti kata al-tazallul.

Al-tazallul membawa maksud merasa rendah diri kepada Allah bersama perasaan al-mahabbah (kasih) dan al-ta’zim (memuliakan Allah) dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Setiap perkara dari perasaan rendah diri kepada Allah membawa maksud membesarkan dan memuliakan Allah.

Al-mahabbah menghasilkan al-raghbah (keinginan) dan al-ta’zim membentuk rasa al-rahbah (ketakutan) atau al-khauf (ketakutan). Ibadah yang dilakukan sama ada berunsur awamir (perintah) atau nawahi (larangan).

Awamir terbina di atas perasaan al-mahabbah (kasih) dan al- raghbah (keinginan). Manakala, nawahi pula terbina atas ta’zim (memuliakan) dan al-rahbah (ketakutan) atau al-khauf (ketakutan) kepada Allah SWT.

Individu yang beribadah kepada Allah secara al-raghbah (al-mahabbah; kasih) dan al-rahbah al-ta’zim; al-khauf (memuliakan dengan perasaan takut) memberi kesan kepada akhlak mahmudah (yang dipuji) di dalam kehidupan. Justeru, manusia akan al- tahalli bi al-fadhail (menghiasi diri dengan perbuatan mulia) dan al-takholli an al-rozail (meninggalkan perbuatan tercela).

Belajar Dari Alam

Namun bagaimana lahirkan rasa kasih (al-mahabbah) dan memuliakan Allah (al-ta’zim) secara praktikalnya dalam kehidupan?

Banyak kaedah atau cara boleh diambil. Cuba renungi satu bait-bait nasihat yang dipetik dari karangan syair Imam Asy-Syafi’i yang bertajuk ‘Merantaulah’;

ﻣﺎَﻓِﻲ المَقَامِ وَذِيﺃَدَبٍ مِنْ ﺭَاحَةِ

…فَــدَعِ ﺍﻷَ وْطَانَ ﻭَاغْتَرَب

“Orang pandai dan beradab tidak akan tenang diam di kampung halaman, tinggalkan negerimu dan merantaulah…”

Dari mutiara kata tersebut, merantau dalam erti kata adalah untuk mencari kemuliaan. Dalam perjalanan itu ada empat kegunaan akan ditemui iaitu menghilangkan kesedihan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan ramai orang.

Tetapi bagaimana perasaan rendah diri dapat lahirkan perasaan membesarkan dan memuliakan Allah SWT?

Sekiranya kita menghayati dan merenung alam persekitaran, ia akan membawa kita menelusuri kalam-kalam Allah SWT dalam al-Quran. Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang membicarakan tentang alam yang mendorong untuk berfikir tentang kejadiannya. Tidak dapat dinafikan dengan merenung dan berfikir alam semesta, jiwa akan tenang dan mengingatkan siapa kita di alam alam ciptaan ini, betapa kerdilnya di hadapan Allah SWT Tuhan Pencipta Alam.

Kuasa Allah SWT adalah meliputi langit dan bumi. Inilah cara Allah SWT dalam ‘surat’ cinta-Nya iaitu Kalam al-Quran pada manusia untuk lebih mengenali dan mendekatkan diri pada-Nya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 164;

إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱلۡفُلۡكِ ٱلَّتِى تَجۡرِى فِى ٱلۡبَحۡرِ بِمَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن مَّآءٍ۬ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِہَا وَبَثَّ فِيہَا مِن ڪُلِّ دَآبَّةٍ۬ وَتَصۡرِيفِ ٱلرِّيَـٰحِ وَٱلسَّحَابِ ٱلۡمُسَخَّرِ بَيۡنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَعۡقِلُونَ

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran”.

(Surah al-Baqarah 2:164)

Dalam surah al-Furqan ayat 62 pula Allah SWT berfirman;

وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ خِلۡفَةً۬ لِّمَنۡ أَرَادَ أَن يَذَّڪَّرَ أَوۡ أَرَادَ شُڪُورً۬ا ( ٦٢ )

“Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya) atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu)”.

(Surah al-Furqan ayat 25:62)

Dari perasaan kasih itu akan melahirkan keinginan (al-raghbah) iaitu pengharapan (tawakkal) hanya pada-Nya sehingga takut (al-rahbah) melakukan kesalahan dan perbuatan tercela. Kesannya pada hati akan melahirkan peribadi yang luhur. Ia jelas terbukti dengan kehebatan dan kecantikan akhlak Rasulullah SAW adalah hasil tarbiyah keimanan dari Allah SWT.

Rumusan

Hadis Qudsi riwayat Imam al-Bukhari dari Abdurrahman bin as-Sakhr r.a. Firman Allah SWT;

“Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya tatkala ia mengingatiKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya, aku akan ingat kepadanya dalam diriKu. Jika ia menyebut namaKu di hadapan orang ramai, Aku akan menyebut namanya di depan makhluk yang lebih baik dari mereka. Jika ia mendekatiKu sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Jika ia mendekatiku sehasta, aku mendekatinya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan, akan datang kepadanya berlari”.

Allah dekat di’mata’ dengan membaca dan mentaddabbur Al-Quran.

Dekat di’hati’ dengan ‘merenung’ alam semesta ciptaan-Nya.

Zikir – fikir – zikir

“Practice make perfect!”

Sumber

Al-Quran Al-Karim dan terjemahan.

Hadith 40 Imam Nawawi.

Diwan al-Imam asy-Syafi’i.

Al-Qardhawi, 1422H/2001. Haqiqah Al-Tauhid. Beirut: Muassasah Al-Risalah.

Al-‘Utahymin, Muhammad bin Saalih. 1998. Syarh Al-Aqidah Al-Wasithiah. 1419H/ 1998. Dar Al-Thuraya Li Al-Nasyr.

Altruistic Leadership أَحۡسَنِ تَقۡوِيم
Teori Motivation  (Leader)

Ada tiga jenis motivation yang di amalkan oleh ketua terhadap pekerja atau stafnya. Ketua ditempat kerja anda kategori motivation yang mana? Apa yang anda dapat di tempat kerja?

Motivation 1.0

Adalah perkara asas dalam kehidupan. Contohnya mencari makanan dalam hutan.

Motivation 2.0 – P (Physical)

Carrot and stick. Motivation 2.0 ini adalah bersifat kepada kebendaan (physical) .

Sebagai contohnya, bekerja adalah untuk dapatkan duit. Sekiranya staf tidak dapat mencapai KPI akan dimarahi. Ada juga sekiranya tidak menunjukkan prestasi baik akan diberhentikan bekerja.

Namun, pada hari ini masih ramai lagi pemimpin masih menggunakan teori motivation 2.0. Tidak ketinggalan juga Malaysia masih lagi mengamalkannya.

Motivation 3.0 – I (intellectual), E (emotional), S (spiritual)

Motivation 3.0

Berdasarkan penulisan oleh Danial Pink dalam bukunya bertajuk Drive, seorang ketua yang terbaik perlu ada motivation 3.0 terhadap orang di bawahnya iaitu;

Mastery (Intellectual)

Beri ilmu dan kemahiran pada staf.

Empowerment/ autonomy (Emotional)

Beri kepercayaan (emotional power) agar meraka dipercayai untuk menguruskan tugasan yang  diberikan.

Purpose (Spiritual)

Memberikan tujuan hendak capai apa dalam hidup  dan dalam pekerjaan.  Tujuan terutamanya bab spiritual. Ia tidak semestinya berkaitan dengan agama.

Dengan ada motivation 3.0, seseorang pekerja akan merasakan dirinya berbaloi bekerja ditempat kerjanya. Ini kerana adanya elemen I (intellectual) , E (emotion) dan S (spiritual).

Extrensic vs Intrinsic

Dalam motivation 2.0, extrinsic tujuan hidup untuk beberapa tahun lebih bersifat kebendaan atau luaran semata (P-physical). Kaedah Motivation 2.0 itulah yang dikatakan manusia bekerja seakan-akan seperti robot.

Motivation 3.0 pula, ketua akan memberikan intrinsic makna pada seseorang. Islam focus pada instrinsic PIES. Dalam Islam manusia empower adalah dengan al-Quran. Mereka perlu diberi perhatian dan kesedaran tujuannya sebagai hamba. Ia juga perlulah konsisten. Kelebihan bagi orang Islam adalah spiritual yang akan bertindak dengan ada tujuan hidup adalah sampai ke syurga.

Kesan Motivation Kepada Sumber Manusia

Rumusan Teori Motivation – kesan kepada bahagian sumber manusia (HR)

Motivation 2.0

Berdasarkan rajah, kesan motivation dalam HR;

Teori motivation 2.0, HR akan melihat kepada pencapaian pekerja (performance review) sama ada pertengahan atau hujung tahun sama ada baik atau pun tidak.

Motivation 3.0

Manakala teori motivation 3.0, HR akan melihat kembali dan menilai (performance preview) pencapaian pekerja sebelum setengah tahun atau setahun dengan membuat perjumpaan dan perbincangan dengan staf. Mereka akan diberi  empower dan kelebihan pada staf. Dalam masa sama berikan tujuan apa yang hendak  dicapai dalam jangka masa panjang.

Konsep Insan Dalam Surah At-Tin

Betulkah manusia selaku modal (human capital)?

Modal insan adalah sekelompok masyarakat yang akan memberi sumbangan terhadap peningkatan pendapatan dan pembangunan bagi sesebuah negara. Jika manusia dikatakan selaku modal insan, modal untuk apa? Sekiranya untuk industri, istilah manusia sebagai modal (human capital) adalah tidak berapa tepat.

Sebagaimana konsep insan dalam surah at-Tin ayat 4;

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬ ( ٤ )

Maksudnya; Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Merujuk kepada ayat 4 dalam surah At-Tin, perkataan ahsanأَحۡسَنِ  bermaksud membina (establish) sesuatu perkara. Apabila diri telah dibina, akan membina (establish) orang lain juga. Mereka juga merupakan manusia yang paling sensetif.

Taqwim تَقۡوِيم pula maksudnya adalah qawama  قۡوم  iaitu membina (establish).

Oleh itu, perkataan ahsani taqwim أَحۡسَنِ تَقۡوِيم adalah orang yang jelas tujuan (purpose) akan sentiasa berbeza terhadap perspektif kehidupan. Itulah yang menjadikan seorang insan itu sebaik-baik kejadian.

Oleh itu, manusia bukanlah dianggap sebagai modal insan. Manusia itu memang insan.

Setiap individu adalah unik iaitu ahsani taqwim أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬. Manusia bukan sebagai modal untuk industri, tetapi individu yang hendak dikembalikan semula kepada tempat yang terbaik iaitu syurga. Oleh itu seseorang manusia perlu ada eternal pada masyarakat. Itulah peranan manusia. Manusia yang terbaik adalah yang memberi manfaat (eternal).

Contoh Situasi

Datang bekerja untuk siapkan proposal kemudian projek diluluskan, seterusnya akan dapat sumbang pada masyarakat. Hasil dari projek tersebut akan diberikan pada keluarga. Sumbangan yang memberi kepada masyarakat inilah dikatakan faedah eternal yang perlu disematkan dalam diri individu.

Bagaimana manusia di bina?

Berdasarkan konsep insan dalam surah At-Tin, dapat dirumuskan insan yang ahsani taqwim أَحۡسَنِ تَقۡوِيم adalah

أَحۡسَنِ (ahsan) – Manusia adalah sebaik-baik kejadian, dan

قۡوم (qawama) – Allah telah beri sesuatu kepada manusia untuk dibina.

Kaedah Surah At-Tin   أَحۡسَنِ تَقۡوِيم

Berdasarkan rajah kaedah dalam surah At-Tin di atas yang dikaitkan dengan teori motivation 3.0, manusia perlu ada tiga perkara;

Pertama – Amanu ءَامَنُواْ

Manusia itu percaya. Ia ada kaitan dengan mastery.

Kedua – Wa’amalu solihah وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ

Berani untuk buat atau beramal. Amal itu mestilah soleh. Amal itu mestilah sesuatu yang sentiasa diperbaiki (keep improver). Sekiranya buat silap, belajar dari kesilapan dan diberi empowerment. Itu adalah ‘amalun soleh. Kalau orang itu bekerja sahaja, itu istilah ‘amal. Bukan amalan solehan. Jadi ia tidak empower. Semua manusia buat kesilapan. Silap adalah fatal.

Ketiga – ajrun أَجۡر

Iaitu ada ganjarannya. Ganjaran ini ada kaitan dengan tujuan (purpose). Bila ada rasa sesuatu nak buat eternal, manusia itu akan jadi ahsani taqwim أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬

Amanu ءَامَنُواْ  ada kaitan dengan beriman. Dalam konteks Islam, iman bukan hanya sekadar iman yang membuta tuli, tetapi memberikan ilmu dan kemahiran. Sebagai contohnya, bagaimana bekerja untuk capai tujuan (purpose). Tujuan bekerja beberapa tahun, tetapi apakah faedah eternal hendak dicapai? ini yang dikatakan membawa kepada konsep pahala berpanjangan iaitu;

Sadaqatul jariah

Ilmu bermanfaat

Anak yang soleh

Kehidupan mesti dikaitkan dengan salah satu atau ketiga-tiga dari tujuan di atas. Sama ada hendak buat sadaqatul jariah, atau memberi ilmu bermanfaat atau membina sistem anak soleh.

Sebagai contohnya;

Situasi 1

Seorang yang soleh berkerja di perbankan akan menjaga sistem di bank agar tidak terlibat dengan riba’. Dalam pada sama memberikan perkhidmatan terbaik dan efisyen. Kesannya ialah menjadi contoh pada anaknya. Anaknya akan menggunakan sistem perbankan Islamik dan akan jadi anak soleh.

Situasi 2

Sebaliknya, jika seorang bekerja di perbankan dan masih mengamalkan sistem riba’ serta tidak efisyen akan memberi kesan kepada anaknya tidak menjadi soleh. Ini kerana ibu bapanya tidak beramal soleh.

Huraian

Situasi kerja disini dinamakan amal sahaja. Ini kerana tidak menitikberatkan soal hukum hakam Islam dalam bekerja. Makna amal dalam bahasa melayu adalah kerja. Sebaliknya, sekiranya melakukan amal soleh ia akan memberikan nilai Islam dalam aspek kehidupan agar menjadi contoh teladan.

Rumusan

Altruistik adalah sikap peduli. Seorang ketua atau pemimpin yang altruistik, Ahsan أَحۡسَنِ  bukan sekadar peduli tetapi akan menjaga P I E S stafnya iaitu dari aspek;

Kuantiti (P Physical)

Berbentuk fizikal iaitu pencapaian ada kaitan dengan empowerment. Staf capai KPI atau tidak.

Fokus (I Intellectual)

Ilmu berbalik pada mastery.

Kualitili (E Emotional)

Ada kaitan dengan empowerment. Sekiranya seorang staf tidak dikualitikan, ia kearah tidak diberi kepercayaan.

Purpose (S Spiritual)

Tujuan kehidupan untuk menuju ke syurga.

Altruistik Rasulullah sebaik-baik teladan.