Apa output Ulul Albab kita harapkan?
Ketika satu majlis, saya dapati banyak tetamu sudah hadir. Mereka mengambil makanan yang banyak pada pinggan masing-masing. Kuih dan makanan berbaki sudah sedikit. Pada masa itu, saya tiba. Ada beberapa orang tetamu yang hadir tiba. Mereka nampak sedikit kecewa.
Tiada yang menawarkan makanan mereka. Masing-masing senyap duduk di tempat masing-masing. Meja VIP juga penuh makanan namun tidak ditawarkan kepada tetamu yang datang lewat.
Ada di kalangan mereka anak-anak kecil.
Ada yang dewasa tua.
Ada yang menjadi bilal atau AJK masjid.
Namun tiada tawaran yang diberikan.
Dalam sejarah, pencipta inovasi membuat pelbagai alatan dalam tamadun Islam akan diangkat namanya. Yang betul-betul beramal dalam hidup seharian dengan akhlak mulia jarang diangkat – namun inilah yang menyelesaikan masalah secara real time.
Daripada kesimpulan ini, Ulul Alab yang diperlukan yang dijelaskan sifat dan akhlaknya dalam Quran kita perlukan. Bukan pemikir yang rakus atau ilmuan yang tidak berakhlak.
Apakah ayat Ulul Albab yang mempunyai sambungan – yang – atau -allaziina – ?
Sifir 1- Tiada
Sifir 2 – Tiada
Sifir 3 – Tiada
Sifir 4 – Tiada
Sifir 5 – Ada (ketika mengkaji ilmu dan seharian mendalami kebesaran Allah – inovasi fizikal)
Sifir 6 – Tiada
Sifir 7 – Tiada
Sifir 8 – Ada SANGAT (ada 9 karakter yang perlu diterjemahkan sebagai akhlak Quran – inovasi intelek, emosi dan spiritual)
Sifir 9 – Tiada
Sifir 10 – Tiada
Sifir 11 – Tiada
Sifir 12 – Tiada
Sifir 13 – Tiada
Sifir 14 – Tiada
Sifir 15 – Tiada
Sifir 16 – Ada – Yang beriman dengan amaran yang Allah berikan
Apakah 9 sifat itu?
Ayat 20 – 22 menggariskan 9 ciri-ciri ulul albab iaitu:
- Orang yang sentiasa memenuhi, menjaga, memelihara, dan melaksanakan janji
- Orang yang tidak sekali-kali melanggar dan memungkirinya. Ia mencakupi janjinya kepada Allah, janjinya sesama manusia dan janji atas dirinya sendiri.
- Orang-orang yang menghubungkan segala yang Allah perintahkan seperti silaturrahim, berbuat baik kepada kaum kerabat dan sanak saudara, juga kepada fakir miskin, orang-orang yang memerlukan bantuan, dan mendermakan kebajikan.
- Mereka takut kepada Tuhannya, iaitu mereka berasa sentiasa di bawah pengawasan Allah
- Mereka takut pada hisab yang buruk di hari akhirat.
- Sabar terhadap perkara yang diharamkan dan meninggalkan dosa-dosa kerana mengharapkan redha Allah dan pahala-Nya yang berlimpah.
- Mendirikan solat dengan memelihara batasan-batasannya, waktu-waktunya, rukuk, sujud, dan khusyuknya sesuai dengan apa yang dianjurkan oleh syariat.
- Menafkahkan sebahagian rezeki, iaitu mereka memberikan sebahagian rezeki kepada orang-orang yang wajib dibiayai, iaitu anak, isteri, kaum kerabat, fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan bantuannya. Perkara-perkara ini dilakukan secara sembunyi ataupun terang-terangan.