Apa Formula Inovasi dari Studi Kes

Ada banyak individu ingin melakukan kreativiti dan inovasi. Inovasi ini menyelesaikan masalah .

Inovasi adalah memberi penyelesaian kepada sebarang cabaran ataupun masalah dalam kehidupan. Inovasi adalah praktikal selepas seseorang itu melaksanakan aktiviti kreatif.

Apakah yang diperlukan untuk menjadi seorang pakar inovasi di dalam kehidupan?  Sebagai contoh saya merujuk kepada pembinaan Qingo. Apakah yang berlaku?

  1. Saya memerhati kepada masalah orang untuk belajar bahasa Arab
  2. Selepas mengenal pasti apakah ilmu di sebalik bahasa Arab dan kaitan dengan al-quran maka saya mengumpulkan semua perkataan tersebut.
  3. Ketika saya ke sebuah kedai saya mendapati satu permainan Binggo yang berkaitan dengan pengurusan ofis.
  4. Selepas itu bermain dan melihat Ia adalah satu perkara yang baik oleh anak-anak saya. Maka saya mengkaji dan mencari kesamaan untuk ditiruvasi bagi mempelajari bahasa Arab al-quran.
  5. Permainan tersebut juga mempunyai konsep katrij seperti printer di mana peserta Boleh top up katrij untuk mendapatkan modul pada tahap yang seterusnya.
  6. Kemudian saya bertemu dengan designer.  prototaip dibina Dan akhirnya dicetak sebanyak 1000 unit.
  7. Cabaran seterusnya ialah  untuk memastikan ramai memahami kepentingan dan keseronokan Qingo yang boleh  dinaiktaraf kepada pelbagai model lain asalkan menggunakan kad yang 12 danboard yang memiliki 100 kotak.  selain itu Ia menggunakan tanda pangkah untuk menandakan sesuatu kotak di Main Board telah di akses. Ada 10 peringkat  untuk bermain Qingo.
  8. Keperluan untuk melatih trainer dan menyambung perjuangan Qingo adalah amat penting agar ia berkesinambungan  dalam aspek idea dan juga bisnes. Idea dan bisnes amat penting untuk kemandiriannya pada masa akan datang. Pasukan yang menguruskan adalah amat kritikal agar sesuatu idea dan bisnes itu terus berjalan.

Daripada 8 catatan di atas,  amat penting sesuatu idea itu diintegrasikan dengan pelbagai sudut agar ia mencapai kepada Faster, Better, Cheaper.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Maklumat masa depan

Dalam kisah Nabi Musa dan Nabi Khidr, Nabi Khidr mempunyai ilmu ke depan. Beliau mampu untuk memahami keperluan untuk menebuk

Close