Penjajahan bentuk PIES



Penjajahan PIES

Saya berborak dengan  Yahoo Messenger dengan seorang rakan yang masih di Mesir. Keadaan di Mesir bergejolak dengan demonstrasi rakyat untuk mendapatkan pemimpin yang mampu memberi manfaat kepada mereka setelah diketuai diktator Hosni Mubarak.

Dalam masa yang sama, saya menulis di dinding Facebook begini:

baru chat dengan kawan di Mesir. Katanya: Maka, setakat ini, analisa ana adalah, bangsa yang tidak akan dapat ditaklukkan oleh US adalah, bangsa yang bahasanya berbeda hurufnya dengan bahasa US…. : Jepun, China, Arab, (dan boleh jadi India…)

Lantas saya mendapat beberapa respon menarik:

  1. Akhie Fazrul, nampaknya kena perjuangkan kembali dgn lebih gigih tulisan jawi. :) Malangnya kekuatan tulisan jawi telah disingkirkan oleh pejuang ketuanan Melayu.
  2. bukan bangsa arab ni dh lama ditakluk US ke? negara arab mana yg x ikut telunjuk barat, pemimpin arab mana yg x berkiblatkan US? kalau pangkalan tentera US pn dh ada dkt negara sndri n masih x anggap negara ditakluk, baik shbt mesir tu bt kamus baru ttg definisi takluk. we need definition with substance, not cosmetics :)
  3. jepun bukan indirectly ditakluk oleh US? sbb tu takleh buat nuklear.. :)

Saya cuba membandingkan apakah tahap kefahaman berbeza di kalangan mereka yang dijajah. Saya dapat simpulkan begini:

  • Orang amat marah kalau fizikalnya dijajah – digari, ditahan penjara, makanan tidak ada atau duit dirampas atau alam sekitar dimusnahkan. Sanak saudara akan memperjuangkannya.
  • Orang kurang marah kalau inteleknya dijajah – tidak diberi pelajaran atau ilmu atau peluang untuk bekerja. Hanya orang bijak yang akan memperjuangkannya.
  • Orang makin kurang marah secara umumnya jika emosi dijajah – tidak diberi perhatian, tidak dipedulikan, keluarga tidak diendahkan, atau masyarakat sekeliling ada kaya miskin tanpa tindakan. Hanya orang yang peka kepada kemanusiaan akan memperjuangkannya.
  • Orang makin makin dan makin kurang marah secara umumnya jika spiritual dijajah – tidak diambil berat pasal solat, mengikut kepada Allah, mengamalkan al-Quran  walaupun hal ini memberi kesan kepada fizikal, intelek dan emosi. Hanya orang yang peka kepada elemen PIES dalam diri manusia yang akan memperjuangkannya.

Siapa yang akan terkesan dengan penjajahan berbeza tersebut?

  • Penjajahan fizikal – ramai yang akan kisah
  • Penjajahan intelek – kurang yang sedar dan kisah
  • Penjajahan emosi – makin kurang yang sedar
  • Penjajajan spiritual – amat, amat sedikit yang akan sedar walaupun kesannya akan menular kepada ramai pihak.

Apakah contoh penjajahan dari negara luar kepada sesuatu negara dalam bentuk PIES:

  • Penjajahan fizikal – penjajah mengawal makanan, sumber harta, kekayaan dan negara
  • Penjajahan intelek – letakkan ilmu dan kepakaran di sesebuah negara dari negara penjajah
  • Penjajahan emosi – bina kekaguman kepada si penjajah, dan si penjajah hanya meletakkan wakil yang akan memerhati dan memberi konsultansi kepada negara yang dijajah
  • Penjajahan spiritual – bina fokus kepada tuhan kekayaan, pangkat dan pengaruh sehingga negara penjajah dapat dilihat sebagai pembekal paling utama untuk perkara-perkara tersebut.

Bagaimana rakyat akan bangkit kalau penjajahan sudah sampai spiritual ? Sudah tentu rakyat perlu peka spiritual terlebih dahulu. Usaha membuka dan mengenal potensi spiritual ini perlu disampaikan dari semasa ke semasa. Kalau tidak, rakyat hanya menunggu selepas 30 tahun atau lebih dan barulah sedar bahawa negara dijajah. Itupun  lebih bagus kerana kebangkitan rakyat adalah selepas kebangkitan dalam jiwa setiap individu dipupuk. Ia bukan kerja semalaman.

Related posts:

  1. Kepentingan Model Multi-Dimensi PIES dalam Kehidupan
  2. Sistemik, PIES dan CASIC

Facebook Comments:

Leave a Comment

More in POTENSI, Sistemik (51 of 204 articles)