Umum

Las Vegas – Ekonomi Atas Penderitaan Si Kaya

Sekarang saya di Las Vegas Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Detroit untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar dan keluarga di Michigan Sate University. Perjalanan dari Los Angeles ke Las Vegas tadi tak lama. Sekitar satu jam menaiki US Airways. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Sepatutnya di Las Vegas ini akan diadakan Quranic Conference oleh al-Furqaan Foundation. Namun ia dipinda ke Chicago.  Apa yang selalu dikaitkan dengan Las Vegas? Casino dan judi. Namun itu bukanlah segala-galanya.

Bila teringat hal judi, saya teringat pengalaman semalam di pasaraya Superior di Los Angeles. Saya membeli serba sedikit makanan untuk ahli keluarga yang ditinggalkan 11 hari ini. Ya Allah,mudahkan.

Ketika saya menunggu air kosong memenuhi bekas yang besar, saya memerhati dengan ekor mata seorang anak dengan ayahnya di sebuah mesin vendor. Perlu masukkan duit quarter beberapa keping sebelum ‘tangan’ di mesin itu boleh digerakkan lantas si pengguna boleh ‘menangkap’ hadiah yang memang menarik. Si anak meminta si ayah. Si ayah memasukkan beberapa quarter dan si anak mula mencuba. Tidak sampai beberapa saat, ‘tangan’ itu sudah tidak bergerak. Perlu lebih quarter untuk terus mencuba. Apa yang berlaku pada si anak? Dia meraung! Dia tidak dapat apa yang diingininya – lantas minta pada si ayah untuk terus memasukkan quarter. Namun si ayah tidak membenarkan. Jelas sangat ‘kesakitan’ si anak kerana tidak mendapat hadiah yang diingini padahal sudah ‘dibayar’.

Saya cepat mengaitkan dengan Las Vegas hari ini. Judi sebenarnya mendera jiwa. Mungkin tidak nampak si penjudi menangis seperti si anak kecil tadi. Namun itulah yang berlaku. Amat kecewa kerana duit hilang, tak dapat apa-apa. Kalau menang, hati yang ketagih itu akan terus ingin bermain.

Apa yang menyebabkan ramai terlibat dengan judi? Kalau di Las Vegas ini , nama dia gah. Tempat bercuti. Tempat yang dicanang-canang. Padahal tiada apa yang menarik pun. Yang saya perhatikan, kegersangan hati menyebabkan tempat ini sering dikunjungi. Seperti Genting di Malaysia. Jiwa yang menderita ‘didera’ lagi dengan dosa dan maksiat. Ingatkan akan menghibur, tetapi ia akan menyebabkan keadaan menjadi parah. Inilah hakikat dosa. Allah amat Penyayang menjelaskan bahaya perkara ini, namun ramai tidak mengetahui. Malah Nevada, negeri untuk Las Vegas mendapat sumber ekonomi terbesar dari industri judi ini. Astaghfirullah. Berpijak atas ‘penderitaan’ orang lain untuk ekonomi. Kalau di negara mundur, kezaliman dibina atas penderitaan si miskin, di Nevada, ia dibina atas penderitaan si kaya.

Ya Allah, moga tempat ini diberi hidayah. Ada masjid di Las Vegas – menurut maklumat yang saya terima. Kalau dilihat dengan kacamata benci, biar Allah turunkan bala disini. Namun kalau dengan kacamata da’i, ramai sebenarnya tidak tahu apa itu Islam. Detroit akan saya tuju selepas ini – dijangka 45 darjah Fahrenheit. Moga Allah mudahkan untuk saya menyampaikan mesej ini di mana sahaja saya berada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mengapa ia berulang dan diulang?

Seniman seperti Alfred Jensen dan Robert Smithson menggunakan kemampuan mereka mengulangi apa yang berlaku pada alam untuk menghasilkan karya yang

Close