Ulul AlbabUmum

Juz Amma, Akhirat dan Sifir 16

“Mengapa surah-surah juz 30 banyak cakap pasal akhirat?”

“Bukankah ini surah diturunkan awal di Mekah. Mengapa topiknya berkaitan Akhirat?”

Juz Amma banyak surah berkaitan hari Akhirat.

Surah an-Naba’

Surah an-Naziat

Surah at-Takweer

Surah Infitar

Surah al-Insyiqaq

 

Surah al-Ghasyiyah

Surah al-Zalzalah

Surah al-Qariah

Surah al-Humazah

Akhirat adalah topik penting selain alam yang ditekankan dalam Juz Amma. Ia adalah 2 perkara penting untuk membawa keimanan yang penting. Banyak perkara baik sudah dibuat oleh orang Quraisy namun itu tidak mencapai tahap spiritual sebenar. Tahap spiritual sebenar ialah apabila kebaikan itu mengikut peraturan yang Allah sudah tentukan sebagaimana alam yang terbentang luas tanpa cacat.

Manakala apabila nilai spiritual dicapai, cara fikir sentiasa berorientasikan akhirat. Sabarnya kerana akhirat. Strateginya kerana akhirat. Delayed gratification. Ia membina cara berfikir orang berjaya yang sebenarnya.

Inilah Sifir 16 dalam ayat-ayat Ulul Albab – merujuk ayat

Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan; (Surah at-Talaq 65:10)

Dengan ayat ini, cara berfikir 3/3/3/infiniti sentiasa dalam minda dan hati. Apakah kesan 3 saat selepas ini? 3 bulan selepas ini? 3 tahun selepas ini? Di akhirat nanti ke syurga atau neraka.

Apabila 3/3/3/infiniti ini menjadi panduan dalam membuat keputusan, ia akan menjadikan kita Ulul Albab – dapat dibina dengan Juz Amma.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Antara Guerilla, Gorila dan Godzilla dalam Berniaga

Saya perhatikan Mejar Amir di Teh Tarek Place. Saya singgah sebentar berborak. Beliau berkongsi tentang Guerilla Marketing. Sambil itu juga,

Close