Tadabur

Idea ketika sibuk, idea ketika rehat

“Saya amat bersemangat untuk menulis buku kalau macam nie…”

“Saya amat bersemangat untuk membeli buku ini selepas membelek-beleknya di Kinokuniya.”

“Saya amat bersemangat untuk melaksanakan projek amal ini.”

Banyak idea terpacul ketika sibuk atau selepas berinteraksi dengan seseorang. Namun kekadang idea itu hilang atau sayup dibawa angin lalu. Mengapa ketika rehat, idea-idea besar itu tetap tidak dilaksanakan juga?

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (94:7)

Salah satu ayat rujukan penting untuk perkara ini ialah dalam Surah al-Inshirah. Seruan Tuhan untuk kembali mencari ‘projek’ baru selepas habis mengerjakan ‘projek’ lama.  Mengapa perlu cari projek baru ? Kerana kita ingin membawa amal menuju Tuhan.

Idea ketika rehat

Namun apabila berada dalam keadaan rehat, idea akan menjadi tumpul. Ia akan menjadi kendur. Ini disebabkan kurang ‘tujahan’ dan motivasi yang wujud. Ketika sibuk, kita tahu banyak masalah yang ada. Tidak cukup rujukan, modul, bacaan dan banyak lagi – jika saya sebagai seorang trainer. Namun apabila rehat, ia akan mudah lupa kecuali kita membayangkan projek baru di hadapan.

Ketika berada di kedai buku, kita akan rasa ‘excited’ untuk mengetahui perkara baru. Waktu itu kita fokus kepada buku itu sahaja. Namun selepas dibeli atau pulang dari kedai, kita akan masuk ke fasa ‘rehat’ di mana fokus sudah lari. Fokus lebih kepada rehat dan mendapatkan kegembiraan. Hanya individu yang membayangkan projek akan hadir sekali lagi berusaha untuk membaiki mana yang ada.

Bagi sesetengah orang, mereka menggunakan After Action Review. Baiki sedikit demi sedikit. Melaksanakan PDCA.

Apa cadangan kepada yang sibuk ? Rehat?

Ketika sibuk, catat apa yang perlu dibaiki dan dilaksanakan. Elakkan gelabah atau mengomen lebih-lebih tentang kekurangan yang ada. Bawakan projek itu kepada masa rehat.

Ketika rehat, mula rancang dan laksanakan apa yang perlu bertahap-tahap. Insha-alllah kita tidak akan kecewa dengan kejayaan yang akan dicapai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Potensi statik, potensi dinamik

"Saya ingin kenal potensi saya. Itu harapan saya dalam program hari ini," kata Ahmad. "Saya ingin melonjakkan potensi diri saya,"

Close