Bius dan Ubat Penghargaan


“Saya yakin Ahmad akan mampu menjadi seorang yang cemerlang jika terus kuat belajar seperti ini.”

“Saya kagum dengan kerja awak yang tekun dan dedikasi.”

Itu penghargaan dari seorang manusia. Kepada manusia lain. Penghargaan ini mampu menjadi penyembuh sakit ? Atau sebagai bius ?

Ramai mungkin memandang enteng perkara ini. Pada awalnya, saya nampak tidak ada beza bius atau ubat. Namun ketika kaki saya sakit ketika berada di Sarawak baru-baru ini, doktor menyuntik saya dengan penghilang sakit. Saya dibius. Saya ‘sembuh’ sebentar. Sakit datang kembali setelah beberapa lama.

Saya perlukan ubat. Ubat pada waktu itu ialah rehat. Akhirnya saya sembuh, Alhamdulillah.

Bius dan Ubat Penghargaan

Rupa-rupanya penghargaan dari manusia boleh menyebabkan kita ketagih. Ia menjadi bius – bukan ubat. Ia boleh mengubah sakit sekejap sahaja untuk memberi kekuatan pada diri untuk terus bertindak dengan baik. Ia boleh berlaku pada apa yang kita nampak. Namun bagaimana pula dengan sifat malas pada amalan personal ?

Di situlah kita perlukan ubat – bukan lagi bius. Kalau bius itu datang dari luar, ubat yang diperlukan ialah datang dari dalam diri sendiri. Ubat itu ialah dengan mengiktiraf dan memuji Alllah. Kalau ia berlaku, ia akan menjadi ubat mujarab dalam diri pada setiap masa. Tuhan pasti akan menghargai kita.

Pujian dari keluarga untuk membawa kepada pujian kepada Allah

Apabila mendidik staf bawahan, ketua di atas atau anak di rumah, pujian peringkat emosi ini bagus. Namun ia perlu dibawakan kepada si individu menghargai spiritual. Menariknya, teknik Nabi Muhammad ialah dengan menunjukkan akhlak atau emosi yang baik – lantas si sahabat akan tertarik pada isi kandungan yang beliau bawakan. Itulah asas kepada dunia spiritual yang baik pada orang yang kita ajak.

Rakan yang mendapat bius dari orang baik pasti akan bertemu ubat sebenar. Penghargaan dari manusia bukan segala-galanya. Ia adalah jambatan kepada ubat sebenar – penghargaan dari Allah kepada mereka yang bertaqwa.

Related posts:

  1. Kepercayaan: Ubat untuk Anda dalam Membuat Pilihan

Facebook Comments:

Leave a Comment

More in 02 Acknowledge (2 of 9 articles)
feedforward