POTENSI

Pesanan Xifu kepada Kungfu Panda

Saya sempat melihat sedutan awal Kungfu Panda II. Antara pesanan Xifu kepada Kungfu Panda ialah “inner peace”. Ia memberi banyak makna dalam mengenal diri dalam dunia sebenar – bukan sahaja dalam animasi Hollywood. “Inner peace” perlu diusahakan pada pelbagai peringkat. Ia amat penting di peringkat fizikal, intelektual, emosi dan spiritual.

Bagaimana mencari ketenangan di peringkat fizikal ? Salah satunya kawal makan.

Di peringkat intelektual, berhenti pada satu perkara dan fokuskan kepada pembinaan minda. Dalami apa-apa sahaja topik kerana ia akan memberi peluang untuk ketenangan yang hadir dari dalam. Teknik Pomodoro mampu mendisplinkan minda untuk fokus dan fokus pada sela masa tertentu.

Di peringkat emosi, ‘inner peace’ itu dapat dikaitkan dengan memberi ruang kepada emosi diri sendiri untuk ‘bermonolog’ dan bermanja dengan diri sendiri. Ambil masa di waktu pagi atau ketika waktu tertentu tidak bercakap dan berinteraksi dengan orang lain kerana ingin mengenal kekuatan dan kelemahan diri.

Di peringkat spiritual, amalan Nabi beruzlah memberi makna yang mendalam. Kini perkara itu tidak digalakkan secara total, tetapi memfokuskan kepada amalan zikir, solat atau apa-apa sahaja ibadah khusus untuk mendekatkan diri kepada Tuhan amat bermanfaat untuk memberi ‘inner peace’. Malah usaha beginilah yang akan memberi kekuatan padu kepada fizikal, intelek dan emosi. Tidak mungkin fizikal seseorang kuat dalam jangka masa yang panjang kalau spiritual tidak kuat.

“Inner peace” dapat diraih dengan memfokuskan kepada setiap aspek dalam potensi diri. Fokus tertinggi ialah dengan mendapat khusyuk selalu dalam solat. Ya Allah, bantulah hambaMu mengingatiMu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pemikiran Sistemik kini diulang terbit

Pemikiran Sistemik telah diulang terbit bawah Mustread Sdn Bhd. Jika berminat untuk mendapatkan naskhah anda, sila hubungi En Ariff Jauhar

Close