Koleksi ST-GalleryPOTENSI

fITNAH iSLAM

Kalamullah ini memberikan kata putus di dalam membawa dan memandu manusia menuju kejayaan yang sebenarnya di sisi Allah. Namun yang demikian, mengapa Islam yang ada terkandung di dalam Al-Quran ini jatuh dan tersungkur di dalam arus pembangunan tamadun manusia yang lain? Tamadun Kuffar yang bersama-sama meninggikan temboknya lalu menutupi pemandangan secara meluas bagi orang Islam berjaya menutupi tamadun Islam yang dahulunya tinggi dan kukuh. Tembok yang telah dibina oleh orang-orang Islam runtuh dan akibat dari fenomena ini, musuh-musuh Islam terus menindas dan menghina orang-orang Islam seperti mana yang kita dapat rasai pada hari ini.

 

Kehancuran demi kehancuran dapat dirasai bahangnya. Namun apa yag kita lakukan kini adalah sebahagian dari hendak membina semula kekuatan dan keutuhan Islam itu sendiri. Fitnah yang melata di dalam tamadun Islam jelas menerangkan kepada generasi kita pada hari ini iaitu ianya merupakan faktor yang mendorong kepada kehancuran kita sendiri. Kehancuran Islam dapat di lihat secara teliti dengan berlakunya kehancuran internal, proses kebinasaan secara kolektif dan banyak lagi fitnah-fitnah yang berlaku adalah dengan cara akumulatif.

 

Sejarah yang sering kita dengar berkenaan dengan kejatuhan Kota Baghdad pada 656 H berpuca dari faktor yang hadir secara akumulasi yang berbagai-bagai bentuk. Pasukan reformis dan pejuang hampir tidak dapat diwujudkan kerana pasukan Hulagu yang membawa ribuan tentera Tartar memasuki Kota Baghdad dengan kejam dan berjaya mengalirkan darah seperti sungai di kota Islam ini. Tetapi yang amat menyedihkan kita sebagai umat Islam, kejatuhan Khalifah Utsmani pada tahun 1924 M telah membarikan impak yang cukup mendalam di hati umat Islam. Tamadun serta khilafah yang terakhir yang mana menjadi harapan dan nadi kepada pemerintahan khilafah yang seterusnya telah hancur luluh dengan berlakunya berbagai fitnah yang melata umat Islam pada ketika itu. Fitnah yang terjadi hadir di dalam bentuk ketidakmampuan daulah Utsmaniah menentang serta mempertahankan lontaran-lontaran fitnah Eropah, memperkecilkan dan mengenepikan aspek ilmiah dan tarbiyyah di kalangan rakyat, tidak menjadikan kebudayaan dan amalan di dalam kehidupan seharian berkenaan dengan aspek kerohanian,  bahasa, politik, ekonomi dan pelbagai lagi. Semua ini adalah faktor yang menghadirkan fitnah kepada dunia Islam.

 

Hal ini terus berlaku dan memang berlaku dengan berlakunya pula transformasi amanah sebagai pemimmpin. Perpindahan ini pula berlaku di kalangan orang-orang yang tidak memahami dan mengetahui berkenaan dengan Islam. Mereka memimpin dengan tunjuk ajar dari musuh-musuh Islam dan menganggapkannya satu panduan yang moden dan terbbaik di dalam menguruskan hal umat Islam yang dianggap ketinggalan zaman dan mundur.

 

Namun yag demikian, petunjuk yang paling agung dan terbaik bagi kita adalah Islam menerusi ilmu  kalamullah dan firman Allah di dalam surah At-Taubah 33 membawa maksud dan panduan kepada kita iaitu;

 

“Dialah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”

 

 

Fitnah yang wujud di dalam orientasi tamadun atau kebangkitan Islam telah lama wujud, selari dengan kebangkitan Islam. Seerah mengajar kita, kaum munafik hidup di dalam orientasi kebangkitan Islam dan mereka merupakan fitnah kepada Islam. Ar-Rasul sallallhualaihiwassalam telah menemukan satu prinsip dan kaedah yang jelas untuk menghadapi fitnah yang bakal muncul pada zaman Baginda malah Baginda juga bersedia dengan fitnah yang akan timbul sepanjang kewafatan Baginda. Jelas Ar-Rasul mengatakan akan wujud fitnah di akhir zaman, umat Nabi Muhammad sallallhualaihiwassalam akan hidup dengan fitnah sehingga kiamat.

 

Abu Daud dan Baihaqi mengeluarkan hadith dari Tsauban yang berkata bahawa Rasulullah sallallhualaihiwassalam pernah bersabda; “Hampir semua bangsa mengerumuni kalian seperti berkerumunnya haiwan pemangsa kepada mangsanya. Kemudian seorang bertanya; ‘Apakah kita termasuk golongan ynag sedikit pada waktu itu?’ Baginda menjawab, ‘Bahkan kamu adalah ramai, tetapi mereka adalah seperti buih dan ini sehinggakan Allah mencabut rasa takut pada dada musuh terhadap kamu (umat Muhammad sallallhualaihiwassalam pada akhir zaman) dan Allah menambahkan penyakit perasaan lemah di dalam hati semua umatKu’ Baginda ditanya lagi ‘Apakah kelemahan itu wahai Rasulullah (sallallhualaihiwassalam)? Baginda menjawab ‘Cinta dunia dan takutkan mati’

 

Hadith ini merupakan gambaran in future Rasulullah sallallhualaihiwassalam berkenaan dengan fitnah yang akan dihadapi oleh umat Baginda di akhir zaman. Bukankah fitnah ini memang dirasai oleh kita sekarang?

 

Fitnah dalam orientasi Al-Quran

 

Al-Quran jelas menerangkan kepada kita berkenaan dengan fitnah yag dihadapi oleh kita dengan sejelas-jelasnya sebagai mana matahari menerangi cahayanya pada waktu pagi. Antara fitnah yang disebutkan di dalam Al-Quran adalah;

 

1.      Bencana, ujian dan cubaan

2.      Kesyirikan

3.      Kesesatan dan keburukan

4.      Kekacauan serta kekalutan umat Islam dengan kaum Kuffar

5.      Siksaan serta penyiksaan

6.      Tipu daya

7.      Perpecahan serta perdebatan

 

 

Berikut adalah dalil yang jelas menerangkan setiap satu fitnah yang ada

 

1. Bencana, ujian dan cubaan

Hal sebegini banyak dikatakan di dalam Al-Quran contohnya di dalam surah Al-Baqarah ayat (102) yang membawa maksud;

 

“Keduanya tidak mengajarkan kepada seseorang sebelum mengatakan, ‘Sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu”

 

Begitu juga di dalam surah Al-Ankabut (2)

 

“Apakah kiranya manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja ‘ Kami beriman sedangkan mereka belu lagi diuji?”

 

dan di dalam surah al-Anfal (25)

 

“Dan takutlah terhadap bencana yang tidak hanya menimpa secara khusus kepda orang-orang yang zalim diantara kalian”

 

Ketiga-tiga komponen berkenaan dengan bencana, ujian dan  cubaan dijelaskan di dalam nas tersebut dengan membawa maksud fitnah yang akan dihadapi oleh manusia.

 

2. Kesyirikan

hal ini ada di jelaskan di dalam ayat Allah di dalam surah Al-Anfal (39)

 

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah (kesyirikan) dan seluruh agama menjadi milik Allah”.

 

3. Kesesatan dan Keburukan

Surah Ali-Imraan (7) yang bermaksud;

 

“Sedangkan orang-orang yang ada di dalam hatinya condong kepada kesesatan  maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah”

 

4. Kekacauan serta kekalutan umat Islam dengan kaum Kuffar

Boleh dilihat di dalam surah al-Anfal (73) yang bermaksud:

 

“Sedangkan orang-orang kafir sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (orang beriman) tidak melaksanakan apa yang diperintahkan Allah itu, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”

ayat ini ditafsirkan di dalam Ibnu Kathsir menyatakan bahawa orang beriman harus menjauhi orang2 musyrik dan memberi perlindungan kepada orang beriman. Jika tidak maka akan berlaku satu kerosakan serta fitnah di muka bumi dan akibat yang lebih besar lagii ialah fitnah tersebut akan merebak dan bertambah luas.

Kita akan melihat lagi sambungan berkenaan dengan fitnah yang berada di dalam dimensi Al-Quran;

 

5. Seksaan dan Penyeksaan

 

jika kita membaca di dalam surah Ad-Dzariyat ayat 13 yang bermaksud

 

Pada hari di saat mereka diazab (fitnah) di atas neraka”

 

Perkataan dari azab itu adalah fitnah yang menimpa kepada manusia

 

6. Tipu daya

 

Lihat pada dalil at Taubah 48 yang bermaksud;

 

Sesungguhnya dari dahulu pun neraka telah mencari-cari kekacauan dan mereka mengatur pelbagai macam tipu daya untuk mu, hingga datang lah kebenaran dan menaglah agama Allah, padahal mereka tidak menyukainya”

 

Penulisan di dalam tafsir Ibnu Kathir menyebut bahawa mereka(musuh orang beriman) mencurahan seluruh daya pemikiran mereka dan kumpulan mereka untuk menipu mu dan sekalian orang yang beriman serta menghina dan memadamkan agamu

 

7. Perpecahan

 

Kali ini kita akan melihat fitnah yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam yang diutarakan sendiri oleh Umar al-Khattab.

 

“Ketika kami sedang duduk bersama Umar, tiba-tiba dia bertanya; ‘ Siapa diantara kamu yang menghafal sabda Nabi tentang fitnah? Hudzaifah menjawab; ‘Fitnah yang di alami oleh lelaki ialah isterinya, hartanya, anaknya, dan keluarganya. Semua ini akan terhapus dengan solat, sedekah, dan amal makruf nahi mungkar. Namun Umar berkata; ‘Bukan ini yang aku Tanya, tetapi fitnah yang bergelombang seperti gelombang laut’. Hudzaifah menjawab ‘Anda tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapinya wahai Amirul Mukminin. Sesungguhnya antara anda dan fitnah itu terdapat sebuah pintu tertutup’ Umar bertanya ‘Apakah pintu itu dihancurkan atau dibuka? Hudzaifah menjawab; ‘Bahkan dihancurkan’ maka Umar menjawab ; ‘Jadi, tidak ditutup untuk selamanya’

 

Situasi ini sebenarnya menjelaskan bahawa fitnah itu adalah seperti gelombang ombak laut yang besar dan ia akan menimpa  orang-orang beriman dan ianya sangat banyak, datang secara akumulasi, dengan pelbagai bentuk dan sangkaan seperti bencana, ujian, cubaan, tipu daya, kejahatan, kesesatan dan termasuk juga perpecahan.

 

Inilah yang berlaku di kalangan umat Islam yang terdahulu di mana apabila mereka mengalami fitnah, umat Islam pada ketika itu akan berpecah belah dan bertelagah sesama sendiri, kaum beriman juga mula bercampaur baur dengan kaum kafir, munafik dan serangan demi serangan peperangan berlaku, dan azab bersifat merata sehingga melahirkan kesyirikan dan kekufuran seperti mana yang berlaku pada zaman khilafah Ali.

 

 

 

 

 

Perkara yang perlu kita melihat dan dalami semula akan kesilapan atau keburukan yang berlaku di dalam kehidupan ini ialah melalui muhasabah. Fitnah Islam adalah berlaku disebabkan beberapa perkara yang menyebabkan ianya terjadi. Fitnah terhadap Islam ini berlaku secara internal dan juga secara eksternal. Al-Quran ada menerangkan secara terperinci dan amat mudah untuk kita fahami.

 

Antara faktor terjadinya fitnah Islam secara internal ialah

 

a)      Meninggalkan jihad; Jika kita merujuk kepada penullisan As-syahid Hasan Al-Banna, beliau ada menyebut bahawa “Jihad adalah satu pembuktian keimanan yang benar kepada Allah dan Rasul dan akan meninggikan Islam, manakala meninggalkan jihad, umat Islam akan berada di dalam keadaan yang hina”. Jadi hal yang berkaitan dengan jiha ini harus menjadi satu praktis serta amaliah bagi setiap individu muslim. Begitu juga ada firman Allah yang menyebut bahawa “Perangilah mereka sehingga tidak terjadi suatu fitnah dan seluruh agama itu menjadi milik Allah”

b)      Terlibat di dalam hal-hal yang merosakkan;

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Aku mahu bersyukur

Aku mahu bersyukurBersama semua orang dan makhluk di atas muka bumi iniAku tidak mahu menyia-nyiakan peluang yang adaAku tidak mahu...

Close