Musafir meningkatkan tawakal


Saya bertanya kepada seorang kawan: 'bila kawan kita tu nak datang sini? Bukankah hari Isnin?'

'Tak, katanya dah tukar kepada hari Selasa'

'Eh, hari tu kata hari Isnin. Aku dah sedia hari Isnin. Selasa tu dah ada planning lain.'

'Nanti aku contact.' 

Bukanlah yang ingin ditekankan pada perenggan di atas ialah tentang tidak berpegang pada janji atau tidak. Mungkin pihak di sana ada masalah. Namun kekadang, berdasarkan pengalaman, kalau tidak dirancang baik-baik dan memohon Allah agar dimudahkan urusan, kita akan mudah mengubah masa untuk musafir terutama kalau ia tidak melibatkan masa yang tepat (menaiki bas dan sebagainya. Mengapa boleh jadi begitu?

Sebenarnya musafir mendidik kita untuk tawakal kepada Allah. Keluarga, kerja dan banyak perkara yang belum 'selesai' perlu kita tinggalkan. Kalau bukan atas nama tawakal, mungkin payah untuk kita travel ke sesuatu destinasi. Dan jangan terkejut bahawa orang yang amat kurang tawakal adalah orang yang amat kurang musafirnya ke arah kebaikan. Allahu a'lam.

Related posts:

  1. Ya Allah! Bantulah hamba-Mu melaksanakan dakwah

Facebook Comments:

Leave a Comment

More in Koleksi al-Muntalaq, Koleksi ST-Gallery (102 of 269 articles)