Koleksi ST-GalleryPOTENSI

Genggaman Prinsip, Suatu Dimensi Lain Istiqamah

 

Satu perumpamaan seperti seorang budak yang mengangkat baldi yang sarat dengan kandungan air, boleh menyebabkan air di dalam baldi tersebut melimpah jatuh ke tanah. Bagaimana keadaannya jika air itu jatuh ketanah? Dan jika budak itu merasakan dirinya mampu untuk memegang dan menggenggam dengan kuat tangkai baldi tersebut, maka agak mustahil air tersebut akan tumpah ke tanah yang mana ianya akan merugikan dan meletihkan badan untutk mengambil semula air dari sumber yang jauh.

 

Dimensi Al-Quran membawa satu istilah yang cukup lengkap dan menepati kepada istilah dan praktikalnya. Al-Quran membawa istilah genggaman dan pegang ini iaitu dikenali sebagai Al-Istiqaamah. Ia bermaksud komitmen dan konsisten di dalam melakukan sesuatu perkara dan dengan kata lain, berpegang teguh dengan sesuatu prinsip dengan penuh komitmen dan konsisten terhadap prinsip yang dipegang. Konsep sebenar al-istiqaamah ini adalah menjurus kepada aktiviti atau prinsip yang dipegang dan digenggami itu adalah kerana Allah. Ia tidak dikira sebagai al-istiqaamah jika sesuatu prinsip itu bukan kerana Allah.

 

Budaya pemikiran yang berlaku kini adalah kurangnya kepada al-istiqaamah. Umat Islam kurangnya juga berpegang teguh dengan prinsip. Ketidakupaya inilah yang menyebabkan krisis pemikiran hari ini berlaku. Prinsip bukanlah hanya menjurus kepada amalan tetapi keyakinan dan penghayatan yang benar dan tidak mudah dipengaruhi dengan norma-norma yang berpotensi besar melunturkan prinsip.

 

Al-Istiqamah juga merupakan satu indikator yang tetap di mana ianya memainkan satu aturan hidup yang berkekalan, iaitu menuju kepada yang Satu (Al-Haq) dan meninggalkan serta tidak mengambil peduli di dalam hal-hal serta perkara yang memungkinkan perkara-perkara kebatilan. Prinsip yang teguh akan meletakkan seseorang individu, keluarga, masyarakat dan negara pada satu tahap yang lebih mulia di sisi Allah. Tetapi jika prinsip tidak teguh malah begitu guyah apabila ditawarkan, disogokkan atau dirasuahkan dengan habuan-habuan duniawi atau tunfuk kepada kebatilan, maka hal sedemikian akan menyababkan ia jatuh dari kedudukan serta kemuliaan yang dimilikinya kepada kehinaan.

 

Tidak berpegang kepada prinsip juga akan menyebabkan satu pegangan akan bertukar menjadi kesengsaraan. Kebahagiaan dan kebaikan akan berkekalan apabila prinsip di genggam dan diamati dengan sebenar-benarnya. Bagaimana keadaan krisis pemikiran umat pada hari ini boleh berlaku? Perkara yang pertama dapat kita lalui dan melihat semula senarionya adalah berlakunya penafian terhadap yang hak. Hal ini dapat kita lihat dan hayati di dalam seerah Ar-Rasul sallallhualaihiwassalam. Kisah Baginda sallallhualaihiwassalam ini ada mengajar dan menunujukkan kepada kita bahawa berpegang dan menggengam kepada prinsip adalah satu faktor kepada kebahgiaan dan bukan kepada kebinasaan pemikiran umat pada zaman Ar-Rasul sallallhualaihiwassalam.

 

Fasa Mekah; Saat Perundingan Kaum Quraisy dengan Ar-Rasul sallallhualaihiwassalam.

 

Seerah ada mencatatkan bahawa pegangan dan genggaman Ar-Rasul sallallhualaihiwassalam terhadap prinsipnya (Islam), tidak sesekali dapat memudarkan dan memadamkan amanahnya untuk berpatah arah. Keupayaan dan keyakinan terhadap genggaman prinsip menunjukkan Baginda begitu yakin dan faham dengan prisnsip yang digenggaminya itu tidak boleh dicampuri, digauli dengan perkara-perkara yang membatalkan, melunturkan dan memusnahkan prinsipnya itu.

 

Fasa yang berlau semasa Kaum Quraisy Arab menghadiri diri mereka kepada Baginda, terdapat banyak tawaran yang ditawarkan kepada Baginda jika Baginda melepaskan atau melonggarkan prinsipnya itu. Namun hakikatnya Baginda tetap terus menggengam prisnipnya itu. Antara mereka yang hadir membuat tawaran kepada Baginda ialah Utbah bin Rabiah, kemudian al-Walid bin Mughirah dan al-Ash bin Wail. Mereka terus menerus memujuk dan berkali-kali mengadakan sesi ‘negotiation’ dengan Rasulullah sallallhualaihiwassalam.

 

Tawaran/ Habuan

 

1.      Seluruh harta kekayaan di Mekah

2.      Kehormatan dan kemuliaan/ Pangkat atau nama

3.      Menjadi seorang pemimpin

4.      Raja

5.      Seorang pembantu yang setia

6.    &nbsp
;
Gadis yang cantik

7.      Sekali sekala menyembah Tuhan yang berlainan.

 

Semua tawaran yang diberikan oleh kaum Quraisy ini amat besar dan amat menarik minat bagi seorang manusia yang normal. Tetapi jika ada pegangan dan prinsip, sudah tentu, tawaran dunia dan seisinya pun tidak akan ada kemahuan dengannya!

 

Jika dilihat di dalam catatan Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy, pengajaran yang dapat diperolehi dari peristiwa Rasulullah tadi ada menjelaskan bahawa

 

1.      Setiap tawaran tidak diendahkan kerana Baginda mempunyai prinsip yang perlu digenggam dan dipegang. Seorang manusia, jika tidak mempunyai kekuatan prinsip di dalam diri dan pemikiran, maka tersangat mudahlah bagi mereka mempengaruhi, meracuni dan memudarkan kekuatan serta kepekatan prinsip. Situasi ini juga mengajar bahawa pihak musuh atau keadaan sekeliling akan senantiasa meracuni pemikiran dengan tawaran-tawaran serta ganjaran yang dapat memudarkan prinsip.

 

Keadaan seperti ini juga berlaku di dalam fenomena krisis pemikiran umat Islam pada hari ini yang banyak persamaan dan keselarian dengan seerah. Umat Islam hari ini di perangi pemikirannya dengan berbagai ganjaran dunia yang boleh menggadaikan prinsip.Aliran-aliran pemikiran sekular, liberal serta isme yang lain banyak mempengaruhi akal pemikiran umat Islam yang mana pemahaman serta konsep pemikiran sedemikian dapat memberi kebahagiaan di dunia. 

 

 

 

 

 

Method Rasulullah sallallhualaihiwassalam; Kaedah Menyatakan Prinsip

 

Banyak hal yang ada di dalam peristiwa Rasulullah sallallhualaihiwassalam yang menunjukkan kepada bagaimana Baginda menyatakan prinsipnya kepada mereka yang cuba membuat perundingan dengan Baginda.

 

Terdapat dua cara yang digunakan oleh Rasulullah sallallhualaihiwassalam di dalam mempertahankan prinsipnya :

 

1.      Menerangkan secara jelas akibat mereka yang tidak menggengam dan melepaskan prinsipnya.

2.      Tidak sesekali mencampur adukkan antara prinsip dengan perkara kebatilan. Perkara yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

 

Menerangkan secara jelas akibat mereka yang tidak menggengam dan melepaskan prinsipnya.

 

Kaedah menerangkan berkenaan dengan apa yang akan berlaku pada masa akan datang adalah satu perkara yang mukjizat bagi Ar-Rasul sallallhualaihiwassalam. Tetapi bagi manusia biasa, ia berkebolehan di dalam meletakkan akibat jika tidak memelihara serta menggengam prisnsip hidup. Kaedah menerangkan adalah penting kerana ia merupakan kaedah yang akan memecahkan kejahilan yang ada pada diri seseorang.

 

Proses perundingan yang pertama iaitu berlaku diantara Utbah dan Rasulullah sallallhualaihiwassalam adalah melalui kaedah menerangkan. Baginda tahu mereka ini semuanya adalah di dalam keadaan yang tidak tahu dan perlu diberitahu akan apa yang akan berlaku jika prinsip tidak dipegang dan digenggami.

 

Secara keseluruhan, pada fasa Mekah, Ar-Rasul menyatakan genggaman ke atas prinsipnya dengan menyatakan kebenaran berdasarkan wahyu yang benar. Ar-rasul tetap menyatakan kebenaran dengan tidak memberikan sebarang tekanan dan paksaan terhadap emosi, perasaan serta minda pemikiran mereka. Walhal, semasa di Mekah, penyataan prinsip semasa di Mekah mempunyai tentangan yang kuat dan benar-benar menguji kesabaran dan ketenangan jiwa.  Permulaan di Mekah sebenarnya menuntut kepada kesabaran fizikal; di tohmah, maki hamun, dibaling dengan batu dan sebagainya; semuanya itu mendedahkan kepada seksaan fizikal. Tetapi genggaman prinsip tidak pernah di lepaskan kerana yakin kepada genggaman prinsip.

 

Begitu juga pada keadaan yang lain yang di alami oleh Ar-Rasul di dalam dakwahnya semasa fasa di Mekah, tidak ada pembalasan atau rensponsif dari Ar-Rasul yang bersifat agresif malah banyak lagi peringatan serta nasihat yang baik di berkan berdasarkan kepada genggaman prinsipnya tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Al-Iqraar, Al-Qasam dan Al-Miitsaaq Membentuk Iman

Seorang yang bersyahadah sebenarnya telah bersumpah, berjanji dan beriqrar kepada Allah sebagaimana mereka menzahirkan tiga kandungan syahadah itu tadi dengan

Close