Koleksi ST-GalleryPAKS

Pendakwah Air Kacang Soya 9

Nak pakai khemah ni ke? Macam dah lusuh je. Tahan ke? Koyak nanti…” Tanya Nas.
Takpe, untuk permulaan ni je. Aritu Nas juga cakap guna mana yang ada. Abang fikir macam betul juga cakap Nas tu. Tu yang abang pinjam dari abang Fauzi” Jawab Din
Nas bersetuju. Mereka berdua bekerjasama memasang khemah.
Bang, ni macam nak patah je khemah ni.” Kata Nas
Kita ikat je tengah-tengah ni. Abang ade bawa tali kat belakang tu. Nanti abang ambil. Bahagian bawah ni pun kena tindih dengan batu. Kalau tak, terbang nanti khemah kita,” jawab Din
Mereka menghadapi sedikit masalah ketika hendak mengikat tiang khemah tersebut kerana memerlukan dua orang untuk memegang tiang sambil seorang lagi mengikatnya.
”Bang, apa kata kita minta tolong pakcik jaga tu? Sampai petang kita tak siap pasang kalau macam ni…” Cadang Nas
Bersetuju dengan Nas, Din bergegas ke arah pakcik pengawal keselamatan sekolah berdekatan untuk menolong mereka. Agak segan juga untuk meminta tolong orang yang tidak dikenalinya. Namun masalah khemah kanopi ini perlu diselesaikan segera. Pakcik itu nampak bengis namun apabila disapa elok-elok oleh Din, hakikat adalah sebaliknya. Pakcik itu dengan senang hati menolong.
 
Dengan bantuan pakcik tersebut, mereka berjaya memasang khemah. Sambil itu, Din mengambil peluang bersembang dengan pakcik tersebut dan bercerita tentang rancangan perniagaan mereka. Pakcik itu amat seronok dengan usaha perniagaan Din dan Nas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close