Koleksi al-Muntalaq – Membina Legasi

Penyakit banyak idea dan penawarnya
“Saya ada idea menarik. Jom kita buat.”

“Aku baru balik latihan di IDCC. Ada banyak idea bagus. Jom kita buat.”

Ada masa kita berhadapan dengan idea dan semangat bagi melaksanakan sesuatu yang baru dalam kehidupan dan bisnes.

Ia adalah sesuatu yang perlu disyukuri dendam sama perlu di sering agar ianya tidak menghasilkan hasil yang mengecewakan. Sebagai contoh kita sudah melaksanakan projek ini dan tiba-tiba kita mendapat idea untuk melaksanakan projek. Kita mendengar ceramah, membaca buku ataupun berborak dengan rakan yang membina idea baru untuk kita laksanakan.

Namun selepas selepas beberapa masa kita akan mula luntur dengan semangat yang hadir untuk melaksanakan projek tersebut. Mengapakah jadi begini?

BI Triangle menjadi panduan untuk kita menyaring dan menyusun idea.

BI Triangle

Salah satu faktor nya ialah kita perlu menilai projek tersebut dari segi misi kepimpinan dan juga pasukan. Inilah yang di sampaikan oleh Robert Kiyosaki dalam BI Triangle. Tiga perkara penting yang perlu disemak ini adalah amat berharga dan kekadang kita mungkin memandang ringan atau terlepas pandang ketika berdepan dengan idea baru ataupun kagum dengan kejayaan yang ada pada orang lain.

1. Apakah MISI

Sebagai contoh bila membincangkan aspek misi dalam sesuatu projek, kita perlu jelas apakah masalah yang ingin di selesaikan dengan solusi yang sedang kita bawa. Ini akan memantapkan lagi misi kita ketika berhadapan dengan cabaran pelanggan yang mungkin tidak berminat dengan apa yang sedang kita laksanakan.

2. Apakah Kepimpinan

Selain daripada itu aspek kepimpinan amat diperlukan kerana Ketua akan memahami dan akan melaksanakan tugas bersama dengan ahli bukan hanya untuk satu hari tetapi setahun atau mungkin lebih daripada 10 tahun. Ia memerlukan stamina yang amat tinggi agar projek tersebut dapat dilaksanakan hingga berjaya dan kekal sepanjang mungkin.Seorang ketua akan berhadapan dengan cabaran ahli dan juga cabaran luar yang akan mengganggu kepada kejayaan projek yang sedang dilaksanakan.

3. Apakah Pasukan

Aspek ketiga ialah berkaitan dengan pasukan. Siapakah yang akan melaksanakan semua tugas yang digagaskan oleh ketua untuk mencapai misi tersebut? Sudah tentu ianya dilaksanakan oleh ahli pasukan yang akan memfokuskan kerja rutin harian bagi memastikan proses itu mencapai visi yang telah di rancang. Seorang ketua mampu untuk melaksanakan semua tugas kerana beliaulah yang memahami arah tuju perjuangan tetapi seorang pemimpin mampu untuk melatih ahli pasukannya untuk memahami visi,  memimpin diri serta pasukan pada setiap masa ketika senang dan susah bagi mencapai kejayaan.

Inilah yang digariskan 4 ciri orang yang tidak rugi dalam Surah al-Asr.

Beriman beramai-ramai

Beramal soleh beramai-ramai

Berpesan dengan kebenaran

Berpesan dengan kesabaran

Walaupun dinyatakan setiap manusia dalam rugi, namun penyelesainnya ialah kerja secara kolektif pada 4 perkara di atas.

Menuju kejayaan ini adalah satu proses yang kolektif dan berjemaah bukannya berseorangan. Jika kita mahu untuk berjaya jangka masa pendek, berseorangan sudah memadai. Namun untuk berjaya pada skala besar dan jangka masa panjang, kita perlu mencantumkan nafas-nafas yang berbeza kemahiran dan potensi agar ianya menjadi satu legasi menuju kepada Ilahi.

Manja membawa musibah
Salah satu cabaran tentang diri ialah ‘manja’. Bila sudah biasa dengan sesuatu yang menyenangkan, diri akan mudah menjadi ‘manja’.

Sudah biasa tak perlu hafaz no telefon, maka kita tak perlu ingat nombor telefon.
Pasal selalu dapat makan free, kita pun tak nak usahakan lagi dan harap ada lagi makanan free
Pasal sudah ada orang buatkan, maka saya tidak perlu belajar perkara kritikal dalam hidup

Inilah namanya متاع. Ia adalah kesenangan namun kekadang ia merosakkan.

Apa perlu dibuat? Samada kita reset balik apa tanggungjawab saya memastikan diri, keluarga, organisasi dan negara makin maju. Atau ada musibah melanda yang akan menyebabkan kita akan tekan butang reset. Manakah pendekatan yang sahabat inginkan ?

Tadabbur dari Dulu ke Kini
“Tadabbur Quran ini menarik. Tapi bagaimana nak proses perkara zaman dulu? Quran penuh cerita zaman dulu sahaja.”

“Ya bila baca Quran ni, susah nak kaitkan dengan zaman ini.”

“Banyak persoalan sebenarnya dalam minda. Tapi ayat Quran hanya ada lebih kurang 6000 lebih sahaja. Bolehkah selesaikan pelbagai masalah yang ada?”

Begitulah antara soalan yang sering timbul di benak pemikiran umat Islam apatah lagi kalau bukan Islam.

Soalan Tadabbur & Konsep di Sebalik Perkataan

Saya membelek Tafsir l-Quran oleh Ust Nik Nik Abadul Aziz Nik Mat dan Tafsir Hamka. Saya membelek Tafsir as-Sa’di dan Tafsir al-Munir. Saya juga menyemak kitab Tadabbur wa Amal.

Saya perasan ada 2 perkara menarik untuk melihat persoalan-persoalan di atas.

A Soalan Tadabbur.

Ketika saya membelek kitab Tadabbur Wa Amal saya dapati bahawa bagi setiap halaman ada disertakan tafsir daripada pelbagai sumber. Bagi setiap sumber itu dinyatakan soalan cadangan daripada panel pengarang kitab tersebut. Soalan-soalan itu membangkitkan semangat ingin tahu dan sudut yang perlu difikirkan ketika berinteraksi dengan teks-teks yang digarap daripada pelbagai tafsir. Ini adalah satu perkara yang amat menarik untuk dilaksanakan kerana apabila ada soalan, minda akan lebih terbuka dan memberi perhatian kepada mesej yang sedang disampaikan sama ada ianya adalah bahasa Arab, tafsir bahasa Melayu, ataupun sebagai pelajaran yang di sampaikan dalam sesebuah karya.

Bukan satu soalan sahaja muncul pada setiap ayat. Malah berpuluh atau beratus soalan boleh timbul dengan sesuatu ayat.

Sebagai contoh bagi ayat “Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam, ” berikut ialah beberapa soalan yang boleh ditanyakan:

Apa maksud ال dalam الحمد

Apa maksud pujian? Sumbernya dari mana?

Apa kesan kalau banyak puji pada Allah?

Bagaimana puji Allah?

Bila sesuai puji Allah?

Apa maksud rabb?

Ada kaitan dengan tarbiah?

Kementerian Pendidikan perlu jadikan ayat ini sebagai asas? Apa kesan kalau tidak faham dan menjiwai ayat ini ?

Ramai baca ayat ini. Sepatutnya apa kesannya?

Zaman Nabi apakah kesan baca ayat ini?

dan banyak lagi soalan untuk satu ayat yang amat ringkas ini.

B Konsep di Sebalik Perkataan

Ketika membelek tafsir Al-Quran oleh Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat saya dapati cara pemikiran ataupun perbahasan surah Yunus sebagai salah satu surah yang disyarahkan ini adalah amat menarik. Sebagai contoh apabila dibincangkan tentang peristiwa Nabi Nuh dan kaumnya, beliau menggunakan perkataan اغرقنا yang bermaksud ‘kami tenggelamkan’ kepada banjir yang melanda kepada umat Nabi Nuh yang degil pada seruan ke arah kebaikan.Beliau menegaskan kaum Nabi Nuh yang ditenggelamkan itu dengan banjir boleh juga dikaitkan dengan pelbagai musibah-musibah yang lain yang dihantar ‘menenggelamkan’ umat-umat selepas itu termasuklah pada zaman sekarang kalau ia dikaitkan dengan kemarau, kemelut ekonomi, peristiwa penyakit dan sebagainya.

Apakah yang kita peroleh daripada perkara ini?

Satu perkataan akan dicari konsep yang sama dan akan diterjemahkan kepada pelbagai perkataan lain yang sama konsep. Banjir adalah satu perkataan dalam konsep musibah. Maka musibah lain yang boleh difikirkan boleh menjelaskan konsep yang sama agar pelajaran dapat diambil daripada sesuatu ayat.

Bagaimana mahu selamat? ‘Naiklah kapal yang disediakan oleh Allah’. Jangan sombong dan degil seperti sebahagian anak Nabi Nuh.

Berdasarkan perkara A di atas, ia menjelaskan bahawa berbilion masalah yang ada boleh dijelaskan oleh sekitar 6000 ayat yang ada sahaja. Kerana setiap ayat dan perkataan membawakan cahaya yang mencakap pelbagai konsep. Di bawah satu konsep ada banyak perkataan seantero dunia dalam pelbagai bahasa.

Teruskan bertadabbur

Kronologi kurang penting, isinya penting
al-Baqarah ada kisah awan menaungi Bani Israel, diberi mata air dan manna salwa di tengah padang pasir ketika berpusing 40 tahun bersama Nabi Musa. Ini berlaku selepas mereka lari dari Mesir ingin masuk ke Palestin tetapi pengecut – dimulakan 10/12 naqib yang lemah iman (diceritakan lebih lanjut dalam Surah al-Maidah)

Walaupun ada juga peristiwa masuk ke Palestin ini di Surah al-Baqarah, kali ini di surah al-Maidah diulang kembali kisah ini. Allah suruh ingat kembali semua nikmat yang diberikan oleh Allah. Orang Bani Israel manja sangat – kerana kesan 400 tahun diabdikan oleh Firaun di Mesir.

Ulang-ulang dalam Quran ialah untuk memastikan ingat peristiwa sejarah – tidak semestinya ikut koronologi. Yang penting pelajaran yang diambil

Kepentingan kisah Diaspora Bani Israel: kesan pengabdian sesama manusia

Apa kepentingan kisah diaspora Bani Israel ini dinyatakan dalam Surah al-Maidah? Surah al-Maidah ialah antara surah yang terakhir turun. Ia memberi nasihat kemenangan dan lengkapnya Islam. Maka dalam melengkapkan kemenangan, jangan rasa gentar dan lemah. Jangan rasa manja dengan nikmat yang diberikan apatah lagi apabila sudah ‘diabdikan’ di Mekah sebagaimana Bani Israel ‘diabdikan’ di Mesir.

Dalam hidup kita, mungkin dengan penjajah, maka minda kita ‘diabdikan’, ikut sahaja sistem British dan sebagainya. Namun bila generasi baru sampai, mereka sudah lupa penjajahan itu. Generasi baru akan mengkritik sistem lama dan mencadangkan kekuatan dengan kembali kepada SOP agung – al-Quran.

Jalur nilai dan perundangan
Nilai baik ada dalam Quran

Perundangan juga ada dalam Quran

Ketika kita berhati-hati di jalanraya, tali pinggang keledar dan lampu merah perlu diperhati.

Lampu hijau atau merah adalah peraturan penting untuk mengamalkan nilai berhati-hati

Jika ini tidak diperhatikan, kesannya banyak nilai yang baik akan hancur. Jika peraturan ada tanpa nilai, ia akan menyebabkan lahir pemandu tanpa perasaan pada makcik tua melintas di jalan padahal lampu sudah bertukar menjadi hijau.

Taurat membawa perundangan

Zabur membawa nilai memuji Tuhan

Taurat + Zabur amat penting untuk menghidupkan hati manusia yang hidup di atas muka bumi ini.

Yahudi terkenal dengan Taurat yang menitikberatkan perundangan sampai keras hatinya. Nasrani terkenal dengan kasih sayang Jesus Christ sampaikan tidak kisah pada kebenaran dan perundangan. Kita tidak mahu jadi ekstrem nilai dan perundangan.

Kesan kepada kehidupan

Nilai ini membawa kepada tasauf atau akhlak. Peraturan ini membawa kepada fiqh ibadah. Tanpa dua ilmu ini, maka akan rosaklah manusia.

Nilai ini membawa kepada NGO dan pendidik. Peraturan pula memerlukan hakim, peguam, polis dan penguatkuasa.

Maka kini nilai dan peraturan akan berdamai. Tidak lagi benci kepada sumber peraturan – menyusahkan dan asyik menyatakan kesilapan orang. Dalam masa yang sama, tidak lagi benci kepada nilai kerana asyik mahu jadi baik sahaja. Dua-dua inilah yang ditemukan dalam Quran.

Antara berfikir pada wahyu dan berfikir ke bumi
Apabila banyak berinteraksi dengan wahyu, ada konsep yang besar melangkau alam dijumpai. Ia amat hebat. Ia amat penting.

Dalam masa yang sama, setiap perkataan dalam Quran ada ilmu yang luas dalamnya. Ia memerlukan perbahasan dan kajian mendalam untuk pelaksanaan di bumi.

Sebagai contoh, dalam bercakap perkataan ‘kuarantin’ yang digariskan oleh Nabi dalam hadith berikut:

لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

Yang bermaksud: “Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.”    (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.”    (Hadis riwayat Imam Muslim).

Manakala bila kita pergi kepada pelaksanaan, zoning diperlukan untuk mengelakkan seseorang masuk ke kawasan yang dijangkiti wabak. Persoalannya, bagaimana zoning dibina agar ia tidak melumpuhkan ekonomi, sosial dan pendidikan setempat.

Inilah yang memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi agar ia dapat diuruskan dengan baik.

Kemahiran ini tidak ada masalah tentang keimanan kepada hadith Nabi atau ayat Quran.

Bukan keimanan, tetapi cara berfikir pelaksanaan

Yang mencabar ialah kepada polisi yang akan dibina untuk pelaksanaan. Adakah zoning akan dibuat berdasarkan negeri, daerah, mukim, bangunan atau rumah ? Apabila ini difikirkan secara sistemik tanpa agenda tertentu yang negatif – diutamakan masalah negara yang besar – ini dapat membantu cara seseorang memimpin dan menyelesaikan masalah yang melanda.

Inilah yang diperlukan kini. Sumber wahyu – Quran dan Sunnah memberi garis tertentu. Ilmu dan masalah di bumi akan membekalkan penerangan butiran atau terperinci kepada apa yang yang sedang dibahaskan. Tanpa timbal balik bumi-langit, ia akan menjadi amat terhad atau kematu.

Apakah yang perlu dilaksanakan?

Kini perlu mengambil usaha untuk mewujudkan generasi berfikir dan dalam masa yang sama berinteraksi dengan sumber wahyu – Quran dan Sunnah – yang dinamik hingga melahirkan wacana dan naratif baru untuk memajukan masyarakat. Tanpa usaha untuk berfikir dan berzikir ini, masyarakat akan terus mengalamami kekalahan kali kedua – kerana hanya berlegar pada isu hati yang tamak dan ingin menjaga kepentingan sendiri. Orang yang bersih hatinya dengan zikir-fikir akan memikirkan pasal orang lain dan perjuangan kebenaran sebagaimana dilihat dalam Surah ali Imran.

Langkah ini boleh bermula dengan memperkenalkan subjek Tadabbur Tazakkur sebagai aktiviti download dan dalam masa yang sama Problem Solving berteraskan Quran agar kemahiran berfikir sistem ini dapat dibina dalam setiap insan.

Pelbagai sudut dalam hidayah
Apabila kita tadabbur sesuatu ayat Quran, hidayah itu boleh datang dalam bentuk ilmu ‘atas, depan dan belakang.’

Hidayah ini akan mengujakan kita.

Ia akan menyebabkan kita menerobos pelbagai ilmu baru yang terjangkakan.

‘Extreme’ akan membantu kita lihat situasi sebenar
Dalam satu syarikat di US yang menghasilkan plaster untuk luka, mereka sudah hilang punca untuk membaiki kualiti produk mereka.

Seorang konsultan datang membawa pelanggan ‘extreme’. Dengan pelanggan extreme ini, mereka boleh menceritakan masalah luka mereka secara terperinci untuk memberi idea lebih jelas kepada bahagian kajian produk.

Kesannya? Lebih ramai pembeli produk itu selepas ia dibaiki kerana jika bab ‘extreme’ dapat diubati, apatah lagi kalau ia adalah ‘average’ yang luka dalam kehidupan.

Tanpa melihat extreme, kita rasa kita masih selamat tetapi sudah menuju mara bahaya. Jika pelanggan tidak nampak produk kita boleh menyelesaikan masalah extreme, mereka nampak produk kita hanyalah ‘average joe’.

Fungsi perhiasan, fungsi manusia
Allah menjadikan dunia ini sebagai perhiasan. Jangan ambil banyak-banyak, ia tidak kekal dan ia membantu kehidupan di dunia ini. Gunakan perhiasan ini untuk melahirkan lebih banyak perhiasan di atas muka bumi ini dan jika diikuti formula benar, ia akan sampai ke akhirat.

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (18:7)

Dalam ayat di atas, perhiasan itu adalah untuk dimanfaatkan bagi melahirkan amal lebih baik. Bukan sia-sia perhiasan diberikan oleh Allah – ia ada tujuan diciptakan oleh Allah. Manusia memerhati alam ciptaan Tuhan dan kemudian menghasilkan inovasi baru untuk melebarkan lagi perhiasan sedia ada.

Dunia ini ditundukkan untuk manusia gunakan dan menjadi hamba dan khalifah yang memberi manfaat kepada dunia. Jika dunia ini berfungsi untuk manfaat manusia, manusia dicipta untuk bermanfaat kepada sesama manusia dan makhluk (khalifah) dalam kerangka abdi kepada Allah.

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran. (31:20)

Bagaimana manusia boleh mengabdikan dirinya kepada Alllah? Cara berfikir (elemen intelek), cara berakhlak (elemen emosi sosial) dan targetnya ialah untuk Allah (elemen spiritual).

IES ada fungsi

Elemen intelek, emosi dan spiritual ini ada fungsi untuk memastikan seseorang itu menjadi hamba dan khalifah yang bermanfaat. Bukan untuk membuat kerosakan atau menumpahkan darah seperti mana dipersoal malaikat kepada Allah:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (2:30)

Apabila jelas dunia ini ialah perhiasan untuk dibuat inovasi pelbagai untuk manfaat manusia, manusia perlulah memanfaatkannya dengan kapasiti intelek, emosi dan spiritual untuk manfaat sesama manusia dan hubungan dengan Allah.

Inilah yang menjadi ciri penting FUNGSI elemen PIES.

Dengar – baca – tadabbur – tafsir – amal Quran. Mana dulu?
Manakah yang perlu dimulakan? Nampak seperti dengar atau baca. Namun ada orang yang mula dengan amal. Ada yang mula dengan belajar tafsir. Ada yang mula dengan tadabbur tanpa tafsir. Tafsir tanpa tadabbur.

Yang penting jangan pertikaikan orang lain. Terus sahaja berinteraksi dengan Quran pada semua seruan Allah. Kerana tiada yang mampu melaksanakan secara sempurna pada semua peringkat tersebut.