4 Tip Menggunakan Transkrip Tarbiah

Pernahkah anda mengikuti kelas pengajian agama? Atau pernah anda ikuti usrah? Setelah beberapa lama, anda akan berpindah tempat dan ingin meneruskan usaha mendalami Islam dan menambah amal. Setelah sampai ke masjid baru, anda dapati ada 2 program. Satu: membincangkan hadith pertama dari Hadith 40 oleh Imam Nawawi. Satu lagi membicarakan teknik menulis. Mana yang anda ingin ikuti? Kalau anda sudah ikuti bahasan hadith 40 sebelum ini, manakah pilihan anda padahal teknik menulis belum pernah anda ikuti?

Sudah tentu perkara ini kurang atau jarang berlaku kalau anda belajar di universiti di mana anda sudah pun mengambil subjek Kimia 1. Walau suka bagaimanapun pada subjek tersebut, anda tetap tidak ‘dibenarkan’ untuk duduk mendengar dan ‘menjiwai’ Kimia 1 kerana Kimia 2 adalah keperluan anda sekarang. Inilah kesan apabila ada perancangan dalam alam akademik. Bagaimana dengan dunia pendidikan atau tarbiah anda dalam Islam?

Jika diperhati kepada sirah Rasul, ada marhalah atau tahap-tahap yang disentuh oleh Rasul apabila seseorang itu masuk Islam. Tahap-tahap itu makin meningkat dan sesuai dengan tahap seseorang. Namun perlu ada ‘subjek’ yang perlu dihabiskan terutama mereka yang amat rapat dengan Rasul. Subjek-subjek itu perlu dihabiskan agar ‘transkrip’ itu penuh dan sesuai untuk meneruskan kehidupan selepas guru ulung – Nabi Muhammad – meninggalkan dunia fana ini.

Lantaran itu, berikut dicadangkan Transkrip Tarbiah untuk anda. Sila download di sini. Ini ialah transkrip tarbiah cadangan yang tertakluk pada pindaan.

Untuk menggunakan transkrip ini, anda perlu faham beberapa perkara:

  • Ia bukan untuk ditunjuk-tunjuk atau dikongsikan sesama rakan. Ia adalah catatan personal untuk melengkapkan aspek tarbiah diri.
  • Sila cari guru-guru atau murabbi yang akan menunjuk ajar aspek-aspek yang dinyatakan. Jika belajar sendiri, rate diri sendiri (walaupun kurang tepat dan berkesan kalau ada dirate oleh orang lain).Selepas selesai, minta untuk si guru tandatangan atau beri komen. Minta guru rate pencapaian dari 1 (kalau pencapaian sesuai untuk peningkatan peringkat individu) -5 (kalau pencapaian sesuai untuk peningkatan peringkat individu)
  • Ketika rate, si guru perlu memahami tahap mana pencapaian. Kalau ilmu usul fiqh hanya untuk diguna sendiri-sendiri (kerana tak dalam atau tidak lengkap, maka letakkan 1. Kalau ilmu usul fiqh tersebut diiringi dengan bahasa Arab, memahami tafsir dan pelbagai syarat lain menjadi usuuli, maka diletakkan 5 kerana anda sudah layak untuk ke depan di peringkat dunia untuk menyumbang di bahagian Usul Fiqh.
  • Simpan, semak dan maju. Simpan transkrip ini bila-bila, semak mana yang belum dilaksanakan dan majukan kalau anda baru tahap 1 atau 2 mana-mana aspek yang ada. Nanti anda akan tahu bahawa tarbiah diri anda masih perlu diteruskan dan dipertingkatkan – walaupun anda berpindah randah dari usrah A ke usrah C diikuti ke usrah RumahTangga, Usrah Kerja dan Usrah Sendirian Tiada Nama.

Facebook Comments:

3 thoughts on “4 Tip Menggunakan Transkrip Tarbiah

  • January 29, 2009 at 8:04 am
    Permalink

    Jazakallahulkhayr for a well thought methodology.

    Reply
  • February 2, 2009 at 8:31 pm
    Permalink

    menarik. tak pernah terfikir cara begini..

    Reply

Leave a Reply to Fauzi Ghani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
3 Kaedah Mencari Indeks al-Quran

Untuk mendekatkan diri dengan Allah, kita perlu rapat dengan kalam-Nya. Itulah al-Quran. Namun bukan semua orang ada hati yang hidup

Close